Pages

Followers

Tuesday, March 22, 2011

Kehidupan Ini Masih Panjang, Maka Berfikirlah

Assalamualaikum w.b.t.

Setingi-tinggi syukur ku panjatkan kepada Allah di atas segala nikmat kurniaanNYA yang tidak mungkin aku hitungi, dari saat pertama aku di lahirkan hingga ke saat ini. Sepertimana tertulis di dalam kitabMu, "nikmat mana lagikah yang ingin engkau dustakan?"

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Lagu 'sejuta harapan' amat berbekas di hati, sudah berhari-hari di mainkan di corong laptop dan handphone.

Terima kasih kepada sahabatku Hanisah dan Kak Afni kerana memperkenalkan lagu ini. Lagu yang membuatkan diri untuk bermuhasabah dan merenung apa erti kehidupan itu sendiri. Walau sebanyak mana ceramah,buku yang di hafal, tazkirah dan usrah yang di sertai namun jika tidak mampu diri berfikir dan mencerna segala ilmu, manakan mampu 'zuk' itu menusuk ke kalbu seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam agar nanti diri dapat istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan kebaikan.


Maka Berfikirlah


Berfikir merupakan suatu sifat yang perlu ada bagi hamba-hambanya seperti dalam ayatNYA:

'Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.' (Al-Baqarah:269)

Oleh itu, marilah sahabat sama-sama kita merenung dan berfikir setiap sesuatu yang dirasai, dilihat,dirasa mahupun didengari. Sesunguhnya mereka yang sesat itu buta mata hatinya. Semoga kita dijauhkan dari golongan tersebut.

Malam dan Siang
Lihatlah setiap peredaran malam dan siang,setiap kali burung bertebangan tanpa ada yang menahannya, setiap kali angin menyapa, setiap kali melihat sang matahari memancarkan terik sinar cahayanya, setiap kali itu juga sang Pencipta sedang berkata-kata dengan kita supaya kita merenung keEsa-anNYA. Di situlah engkau akan 'melihat' sifat-sifat Allah seperti Al-Hayy, Al-Hafiz, An-Nuur. Di situlah engkau bisa merasa bahagia jika diri turut serta tunduk bersama seluruh alam semesta; bertasbih memuji kebesaranNYA. Jika semua manusia begitu, mungkin di masa itu tiada lagi kesedihan mahupun peperangan dan penderitaan.

'Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). ' (Al-Baqarah:152)

Akal dan Hati


Sungguh agama itu bukanlah sekadar menggunakan akal, seperti kata Saidina Ali berkenaan perlaksaan khuf(stokin kulit). Agama itu memerlukan agar hati turut menghayati.

'Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.' (A-Rum:8)

Moga Al-Hadii(Allah Maha Pemberi Hidayah) sentiasa melorongkan diri dan sahabat semua di jalanNYA. Pohonlah agar DIA sentiasa mengingatkan diri ini tatkala terlupa, bisa menyedarkan diri tatkala berbuat dosa dan bisa memelihara diri di kala berdepan malapetaka.


Jagalah Hati, Jangan Kau Kotori


Jagalah hatimu wahai sahabat kerna hati lah mahkota jiwa, raja segala-gala yang bisa mengawal setiap perbuatan sepertimana sabda baginda Rasulullah s.a.w.,

"… Ketahuilah bahawasanya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah (segumpal daging) itu adalah al-qolbu (hati)." (HR. Bukhari dan Muslim).

Hati yang bersih bisa untuk berhubung dengan Tuhan Yang Esa serta keikhlasan dalam beribadat dalam sehari-hari kehidupan seharian bisa mensucikan dan melahirkan fitrah diri yang telah kotor hasil drp dosa dan noda yang di lakukan. Itulah sesunguhnya harapan diri ini dan saya kira bagi setiap hamba-hambaNYA. Moga bisa diri bertemu denganNYA dan kekasihNYA...

Ku kira lagu ini lah harapan dan impian setiap insan, hamba-hambaNYA yang mengharapkan hanya cinta Yang Maha Esa..

No comments:

Post a Comment