Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, February 26, 2011

"Anak Soleh": Anak Yang Soleh Dan Solehah

"Anak Soleh": Anak Yang Soleh Dan Solehah: "Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai bertawaf, Rasulullah SAW bertanya kepada ..."

Anak Yang Soleh Dan Solehah

Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai bertawaf, Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: “Kenapa bahumu itu?” jawab pemuda itu: Ya Rasulullah! Saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat atau berehat. Selain itu, saya seringkali mendukungnya di bahu saya.

Lalu anak muda itu mengajukan soalan kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Apakah saya sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua (ibubapa)?”

Rasulullah SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: “Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu.”

{{WASIAT}}
Wahai Nasrun, wahai Daniel. Hendaknya berbaktilah kepada ibumu. Wahai anak, syurgamu terletak di bawah tapak kaki ibu!

Rasulullah SAW pernah bersabda antara maksudnya:
Ada seorang datang bertanya kepada Rasulullah SAW lalu bertanya; “Ya Rasulullah, siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?” lalu baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Kemudian dia bertanya lagi: “selepas itu?” Baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Orang itu masih lagi tidak berpuas hati, lalu dia mengulang lagi soalannya tadi: “selepas itu?” Baginda SAW terus menjawab: “Ibumu…., kemudian bapamu”….tiga kali perkataan ibu diulang-ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

[[PESANAN SEORANG AYAH]]
Wahai anak-anakku, urat-urat ayahmu ini sudah keras, tangan ayahmu ini telah kasar, tulang-temulang ayahmu ini sudah tidak seteguh yang dulu… badan ayahmu kini tidak lagi sesasa dahulu, besar harapan ayah agar kau menjadi seorang insan yang soleh dan solehah lagi berguna kepada sekalian makhluk di duniawi dan di ukhrawi.

Wahai anak-anakkku, jika ayah telah tiada kelak, kaulah pemimpin keluarga ini, maka pimpinlah ia ke jalan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya. Janganlah kau menjadi orang yang hina lagi menghinakan. Jauhilah perkara yang zalim dan menjadi zalim.

Wahai anak-anakku, mari ayah berikan perumpamaan:

“biarlah kita menjadi sepohon pokok kelapa yang menghadap di pantai. Kau diibaratkan kelapa tua itu. Apabila kelapa itu sudah cukup tua, lalu ia jatuh ke dalam laut. Lalu hanyut ke tengah samudera. Walaupun kau dilambung ombak, membelah pantai, menyusung ribut taufan yang kuat….namun jangan kau tinggalkan Tuhanmu!

Kemudian apabila kau terdampar di tepian pantai di tengah pulau asing bahkan tandus. Maka tumbuhlah kau sebagai sepohon kelapa yang subur. Lalu memberikan manfaat kepada sekalian alam. Airmu boleh diminum, daunmu boleh dipergunakan orang lain.

Wahai anakku ketahuilah, saatnya akan tiba. Kau akan bergelendangan keseorangan di muka bumi ini. Tanpa ayah, tanpa ibu. Oleh itu, jadilah insane yang terpimpin dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman. Jadilah seumpama pohon kelapa tadi, subur memberikan manfaat, tempat bernaung dan berlindung buat burung- burung, para nelayan dan makhluk lainnya. Bahkan berguna untuk saentero dunia.

Ya ALLAH! Jadikanlah kami dikalangan orang-oranng yang soleh. Ahli ibadah kepadamu. Orang-orang sentiasa solat dan bersyukur kepadaMu.
Ya ALLAH! Taufik dan hidayahMu jualah yang kami tagihkan untuk menyuluh perjalan kehidupan kami. Terangilah hati kami dengan nurMu dan penuhi keimanan kami dengan sinar cahaya iman Muhammad SAW.
Ya ALLAH apalah kiranya kau tempatkan kami di kalangan orang-orang yang mendapat petunjukMu seperti Muhammad SAW, para Anbiya’, para Auliya’ dan solehin dan bukan ke jalan orang-orang yang derhaka kepadaMu dan Kau sesatkan sepertimana Firaun dan Hamman!

Saturday, February 12, 2011

"Anak Soleh": Terima Kasih Ayah Dan Ibu

"Anak Soleh": Terima Kasih Ayah Dan Ibu: "AYAH….IBU, Pengorbanan kalian bak titisan air hujan Kasih sayang kalian sedalam lautan biru Doa kalian umpama cahaya bulan purnama Har..."

"Anak Soleh": SEMPENA HARI LAHIR MU IBU

"Anak Soleh": SEMPENA HARI LAHIR MU IBU: "SEMPENA HARI LAHIR MU, INGIN KU HADIAHKAN SEBUAH TUDUNGAGAR AKU SENTIASA DI DALAM MIMPI MU.. TAPI APA YANG KU BERIKAN SEBENARNYA MEWAKILI ..."

"Anak Soleh": SEMPENA HARI LAHIR MU IBU

"Anak Soleh": SEMPENA HARI LAHIR MU IBU: "SEMPENA HARI LAHIR MU, INGIN KU HADIAHKAN SEBUAH TUDUNGAGAR AKU SENTIASA DI DALAM MIMPI MU.. TAPI APA YANG KU BERIKAN SEBENARNYA MEWAKILI ..."

Tuesday, February 8, 2011

Terima Kasih Ayah Dan Ibu


AYAH….IBU,
Pengorbanan kalian bak titisan air hujan
Kasih sayang kalian sedalam lautan biru
Doa kalian umpama cahaya bulan purnama
Harapan kalian setinggi sang rembulan

Ayah..ibu,
Demi kalian aku rela
Rela berusaha dan bertekad untuk berjaya
Ingin membalas segala budi baik kalian
Dan ingin bergelar srikandi yang cemerlang
Walau setinggi rembulan
Anakmu ini tidak akan gentar

Ayah…ibu,
Sesungguhnya kalianlah puncak inspirasiku
Kalian kompas hidupku
Demi satu arah dan sebuah destinasi
Untuk mengejar suatu kejayaan yang pasti

Ayah. ibu,
Tiada seungkap kata manis dari anakmu
Tiada sebaris bicara mulia buat kalian
Terima kasih atas segalanya
Doa, kasih sayang dan pengorbanan kalian
Akan ku renang hinga hujung nyawa.

Akhir kalam,,,semoga apa yang terjadi dalam hidupku akan ku jadikan pengajaran untuk menghadapi masa depan. Ayah dan Ibu seribu tahniah ku ucapkan. Didikan yang telah kau berikan akan ku jadikan sebagai suri teladan yang baik. Aku telah buktikan kepada dunia bahawa aku manusia yang paling bertuah kerana Insya Allah akan menjadi Penghuni Syurga. Semoga apa-apa yang baik dan salah itu datangnya daripada Allah Taa'la. Dialah Yang MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

Monday, February 7, 2011

Aku Tidak Sempurna...

syukur padaMu Ilahi..
lahirku begini di alam yg fana ini..cukup sifat yg Engkau beri..
dan pada siapa lagi harus ku berterima kasih..
melainkan hanya padaMu ya Ilahi..pemilik diri ini..

namun..saatku mengenali hamba seperjalananku..
saatku ingin melangkah meneroka alam ini bersamanya..
kejadianku ini mula dikritik,mula diberi ulasan yg pelbagai..
adakah keranadia inginkan aku menjadi terlalu sempurna?
ataudia berasa jemu dengan keadaan diriku yg lahir seadanya..
bagaimana pun kejadiannya aku..
aku bukanlah dilahirkan terlalu sempurna..
yg bisa membuatkan semua org berasa gembira..
dan aku tak bisa membuatkan semua org berpuas hati dengan apa yg aku ada..

namun..ku punya hati..
yg dapat kuberikan seikhlasnya..
jika itu masih belum memadai..
apalah gunanya aku meneruskan keikhlasan ini..
atau perlukah akuhentikannya hanya di persimpangan jalan mati..
hati ini sebenarnya telah pun mula dia lukai..

wahai hamba seperjalananku..
jika dirimu terlalu sempurna untuk berdamping dengan aku..
usah buatkan aku berasa malu pada diriku sendiri..
sedangkan aku telah pun bersyukur dengan apa ygtelah Allahkurniakan utk diri ini..
jika engkau perlu pergi meninggalkan aku hanya kerana ketidaksempurnaan aku..
aku akan terima apa jua keputusan dan tindakanmu..
agar engkauakan berjumpa dengan insan yg sempurna..
yg jauh lebih sempurna dari diriku..


aku insan lemah yg tidak sempurna..
aku tiada apa2 yg mampu diberikan kepadamu..
hanya sekeping hati yg lurus..
yg kuselitkan dengan keikhlasan dan kejujuran..
dan aku tahu itu tidak mampu untuk membuatkan engkau tersenyum di sampingku..
dan itu juga tidak mampu untuk mewarnai hari2 bahagiamu..
aku tiada apa2 lagi untuk diberikan kepadamu..
hanya sekerat doa agar dirimu sentiasa memperoleh apa yg engkau dambakan..
agar dirimu berjumpa insan yg sesempurna dirimu..
bukan seperti aku..

SEMPENA HARI LAHIR MU IBU


SEMPENA HARI LAHIR MU,
INGIN KU HADIAHKAN SEBUAH TUDUNG
AGAR AKU SENTIASA DI DALAM MIMPI MU..
TAPI APA YANG KU BERIKAN SEBENARNYA
MEWAKILI DIRI KU..
MAKA AKU MELUPAKAN NIAT KU,
KERANA RUANG DI MINDA MU TERLALU TERHAD UNTUK KU

SEMPENA HARI LAHIR MU,
INGIN KU HADIAHKAN KAN SEHELAI BAJU ,
MEMBALUT TUBUH MU DAN
DEKAT DI HATI MU..
TAPI APA YANG KU BERIKAN SEBENARNYA
MEWAKILI DIRI KU..
MAKA AKU MELUPAKAN NIAT KU
KERANA RUANG DI HATI MU
TERLALU SEMPIT BUAT KU

SEMPENA HARI LAHIR MU
AKU HULURKAN SEPASANG SEPATU
MEWAKILI DIRI KU
BIAR LETAKNYA DI TELAPAK KAKI,
AKU SESEKALI DAPAT JUGA BERBUDI,
SEBELUM LUSUH DAN PUDAR,
SEBELUM CARIK DAN TAK BERGUNA LAGI

CORETAN KECIL ANAK MU

Kewajipan Ibu Terhadap Anaknya

Artikel ini ditulis pada tahun 1953 = 1372H. Aku pun belum lahir lagi masa itu tetapi kandungannya masih releven hinggalah ke hari ini. Ia ditulis oleh As'ad Lutfi Hasan dalam bukunya yang bertajuk PERKAHWINAN DALAM ISLAM. Mari bersama kita telusuri.

Anak yang tadinya dilahirkan oleh ibu, yang baru masuk namanya ke dalam daftar masyarakat hidup, yang baru mencuba sama menyedut udara nyaman, maka untuknya adalah perkara yang patut diingat, tidak seizinnya diserahkan saja pusingan takdir, terlucut dari sesuatu yang berguna untuknya, kemudian disesali dan ditangisi setelah hidupnya menemui kecewa,kerana anak itu adalah amanah yang dipertaruhkan Allah, sebuah permata yang dianugerahi Tuhan untuk ibunya. Jika dipersia-siakannya nescaya malaplah ia tidak bermaya, jika digosok dan digilapnya tinggilah mutunya tambah berharga. Kanak-kanak yang tidak tahu bentuk nasibnya di dalam takdir, yang tidak mengenal kehendak Allah apakan jadi pada dirinya, tetapi dia adalah seorang anggota masyarakat, sebuah manik di lingkaran kalung yang mesti mengambil kedudukan tetap di tempatnya sendiri dan dengan kedudukannya itulah dia bergolak di lapangan pergaulan yang bak samudera merentang luas, tak nampak tanah daratan, dalamnya sukar hendak diduga, dilambung gelombang sedang berkecamuk, dihenyak aluan gulung menggulung. Janganlah dibiarkan terumbang-ambing sendirinya, membenam masuk ke mulut gewang. Jagalah dia sehingga besar, hidup kuat memberi guna, naik mutu tinggi nilainya. Itu hanya akan didapati kalau ibu tahu harga anaknya, di mana letak kedudukannya, pandai menyukat anggaran hidupnya, dan mahu berusaha menjadikan dia seorang yang berjiwa besar, dari kecil ditatihnya hingga sampai muda belia, disediakannya untuk kebajikan, dijauhinya dari kejahatan, dibekalinya sebab-sebab beroleh nikmat bahagia, sihat afiat segar sentosa beserta ilmu kepintaran. Dilatihnya bermutu berhemah tinggi, tahan dan kuat gagah berani. Dibawanya maju ke hadapan, diajarnya berfikir tegas dan lunak budi bicara, dibiasakannya berotak sihat dan manis tutur bahasa, beradab sopan, rancak bergaul, tangkas bekerja.
Kalau dibiarkan saja orang yang baru menjelma ke alam manusia ini, dia akan menjadi seteru insan, wujudnya tidak bererti, dia hanya akan bekerja untuk kejahatan, merosakkan usaha-usaha kebajikan, gunanya sedikit, bencananya banyak, seperti duri dalam tekak dan hempedu dalam makanan. Segala kerjanya adalah jahat dan derhaka, mencari-cari marah serta kebencian orang, dinista dan diejek-ejek, dielak-elakkan seperti serpihan kaca, meluka dan menyakiti, menghalang dan merosakkan orang, si tukang pecah persatuan, pengembang kemungkaran dan pembuat pesona, merenggangkan perhubungan dan menabur sengketa, terlantar menjadi sasaran takdir, sejenis dari kotoran najis, terbuang sebelum sampai tempohnya, celaka oleh perangainya yang buruk itu, tidak diindahkan di kalangan kawan-kawan dan teman sejawat.
Jika perkaranya diambil berat dan dipentingkan oleh ibu bapanya beruntunglah dia mendapat didikan yang sempurna, cukup terpelajar, bersopan santun, jadi pemuda yang ingin berbakti, sanggup menjauhkan dirinya dari segala kecemaran, darjatnya naik di kalangan manusia laksana sebiji berlian yang memikat pandangan, menarik pasangan mata, mempengaruhi setiap orang yang melihat, menawan segenap hati, berkenan pada kecantikannya dan ingin memakainya untuk perhiasan, sekalian orang gemar mendekat, gembira dengan keindahannya, tak kunjung lepas dari bibir, disebut dan dipuja-puja. Kalau beginilah sifat-sifat pemuda, dia adalah seorang yang berguna, bekerja untuk kebajikan, berusaha membanteras kejahatan, menyebarkan amalan yang suci murni dan menjadi contoh untuk diikuti.
Wahai ibu! Pemberian Allah itu adalah amanah yang menjadi tanggungjawabmu. Kewajipanmu adalah menjaganya dari pencuri-pencuri perangai. Ingatlah supaya anasir-anasir hina, pencabul kehormatan dan kesopanan tidak dapat menghulurkan tangan kepadanya. Peliharalah dia seperti memelihara jiwamu sendiri. Jika kau abaikan bererti mengabaikan hidupmu sendiri, kelak kau juga yang akan terlantar seperti bangkai, tidak bergerak, tidak bernyawa.
Janganlah ditinggalkan saja anakmu di dalam buaiannya, kau serahkan saja segala perkaranya kepada orang lain, tetapi pergunakanlah segenap waktumu untuk mengurus keadaannya. Janganlah berjaga pada waktu sakitnya saja tetapi juga pada waktu sihatnya, rawatlah dia terus menerus sehingga besar, subur dan cergas, tiada dihinggapi oleh berbagai-bagai penyakit. Anakmu itu adalah seperti bunga mekar yang hidup dahannya, sedang kau sendiri seperti tukang kebun yang pandai. Jika dibiarkannya tentulah condong dan bengkuk pohonnya, kalau diselenggarakan hidupnya lurus subur mengarang dalam lingkaran. Jagalah agar dahan kecilnya itu tidak bercabang, kelak sukar membetulkannya, salah caranya haruslah patah, tak dapat lagi hendak disambung.
Kau adalah sekolahnya yang pertama, daripada ibulah dia dapat pelajaran. Apa juga yang diperolehnya diwaktu kecil akan dibawanya terus ke kubur. Sokonglah kebanggaan perasaannya dengan cara yang seelok-eloknya. Turutilah jejaknya agar selamat, bersabarlah jangan bergopoh, beranikan dari kecilnya dan jangan ditakut-takuti. Ringankan segala kesilapannya, maafkan segala keterlanjurannya, biasakan dia bertaubat dan meminta ampun, dan janganlah lekas memarahinya kerana dia tidak mengerti bagaimana mahu mengutarakan keinginannya, membentangkan cita-cita dan kehendak hatinya.
Oh, Ibu! Sesungguhnya pengajaran Islam telah meletakkan syurga di bawah tapak-tapak kakimu dan memaksa anakmu mencintai dan menghormatimu. Bangunkanlah cintanya itu untukmu dengan mementingkan pemeliharaannya. Tetapkanlah penghormatannya untukmuselama-lamanya dengan mengambil berat segala perkara mengenainya, agaklah masa kecil, waktu muda dan zaman dewasanya, letakkanlah gadis-gadis kerjanya menurut umur dan tingkatan usianya, keraskan hati dan tahan sedapat-dapatnya untuk melatihnya, peliharalah segala gerak langkahmu bersamanya dengan lembut dan tenang, dan korbankan untuknya apa yang mungkin dirasanya bahawa kau mencintai dan mengasihinya. Dengan cara demikian dia akan menjadi seorang muda yang mematuhimu dan dapat mencontohimu dalam mengerjakan usaha-usaha yang baik dari keelokan pemeliharaanmu itu. Jagalah seboleh-bolehnya supaya dia terjauh daripadamu ketika kau marah dan tidak dapat melihat apa-apa selain daripada perbuatanmu yang elok dan baik.
Bukakanlah matanya terhadap cahaya kebenaran, padamkan dari penglihatannya api bohong dan pendustaan. Biasakanlah dia bersikap benar, jangan dipaksa dalam segala perbuatannya supaya dia tiada berbohong kerana takut, tetapi biarkanlah dia bekerja menurut bentuk jiwanya sendiri sehingga fikirannya menjadi kental dan masak, segala gerak gerinya melahirkan faedah yang nyata, dan usah jemu-jemunya memberi nasihat dengan lunak dan tenang. Janganlah dia ditengking, dipukul dan disakiti meskipun besar salahnya dan berulang-ulang kali membuat salah, kerana menyakitinya itu menyebabkan cita-citanya lebur, akhirnya patah hati dan tidak ambil peduli. Demikian juga berlaku keras menyebabkan dia jua tak ingin mengulang percubaannya yang tak kena itu untuk kerja yang baik-baik.
Pandanglah dia sebagai kanak-kanak ketika dia di dalam buaian, sebagai hampir (kawan) kedatangan mimpi ketika sudah meningkat umur, dan sebagai seorang teruna diwaktu muda belia. Jangan dipandang dari segi yang tidak cocok dengan umurnya, dan kerja yang di luar kesanggupannya janganlah disuruh buat. Janganlah disangka sebagai seorang yang sudah sempurna kejadiannya, janganlah difikir dia akan terus mahu membuat apa yang kau suruh jika tidak secara beransur-ansur. Dia – anakmu itu adalah seperti sepotong getah, tidak akan tentu bentuknya dan tidak akan terpelihara keadaannya kalau tidak kau berusaha bersungguh-sungguh mencetaknya. Jika kau pandai, eloklah bentuknya, kalau tidak binasalah dia. Jagalah supaya jangan sebelah tangan lain menghulur kepadanya selain daripada tanganmu sendiri. Jangan diserahkan perkaranya kepada orang lain atau dibiarkan saja bulat-bulat sesuka khadam, tetapi pergunakanlah segenap waktumu untuk anak-anakmu. Kau adalah dijadikan untuk mereka dan mereka telah dianugerahkan Allah untukmu. Janganlah dipercayakan saja intan-intan permatamu itu kepada orang lain. Janganlah disia-siakan amanah Allah yang telah dipercayakan kepadamu itu, dan janganlah dibiarkan sangat leluasa bergaul dengan orang lain meskipun dengan kerabat-kerabat mereka sendiri. Awaslah kalau-kalau mereka dipersia-siakan oleh khadam. Kalau kau cuaikan semuanya itu tak ada yang kan kau perolehi selain dari penderitaan dan sesal.
Kanak-kanak itu seperti bunga. Jika terletak di dalam pasu-pasu yang berjenis-jenis harum semerbaklah baunya, tetapi jika berada di antara pianggang-pianggang rumput, disedutnya baunya, layulah dia tidak mengirap. Apa yang sudah luput tak akan dikembalikan lagi, mustahil dapat disegarkan semula, dan mungkin luruh semuanya selain duri-durinya sahaja yang bakal tinggal. Setelah bersuka-suka dan bernyaman-nyaman dengan baunya, dia pun lari, tak mahu mendekatinya, tinggallah duri-durinya berkecambah menyayat tangan melukakan kaki.
Jika kau sudah tahu semuanya itu wahai ibu yang merindu, takutilah Allah pada anakmu. Tetapkanlah rasa cintanya terhadapmu dimasa hidup dan sesudah matimu. Janganlah kau lihatkan kepadanya segala peranan yang kau lakukan selain dari perkara-perkara yang baik dan memberi guna.
Wahai ibu yang penyayang! Bukanlah sayang kepada anak, dibiar jahat mahupun baik sesuka hatinya, tetapi sayang sebenar sayang, kalau baik dibaiki lagi, kalau menyalah tunjukkan dia, kalau bodoh diajari, dilatih jika tak tahu, dibiasakan baik jika jahat. Apabila perangainya sudah elok, suburkan pula perasaannya. Janganlah semata-mata sayang sahaja tetapi perbuatlah segenap tempohmu seperti mata yang terus jaga, sebagai diri yang tetap bergerak, dan pasanglah sendi hidupmu untuk menegak membangunkannya.
Wahai ibu! Biasakanlah anakmu berbesar hati dan kenamaan, tanamlah padanya benih jiwa yang besar mulia, kikislah dari semangatnya perasaan lemah yang suka menyerah, dan fahamkan kepadanya bersungguh-sungguh bahawa sejenis roti yang diperolehi dari titik peluh sendiri adalah lebih baik dari seenak-enak makanan dari usaha orang lain. Ajarlah dia suka bekerja dan berusaha, dan bawalah menempuh perjuangan jihad yang suci mulia: (Menuntut ilmu untuk ilmu). Nyatakan kepadanya bahawa dasar ilmu adalah mengenal segala yang wajib, dan awal wajib iaituberiman dengan Allah, patuh menurut segala perintah dan menjauhi segala larangan, menghormati kitab Allah yang Maha Berkuasa dan Bijaksana, dan percaya terhadap nabi-nabi yang menjadi perutusan Tuhan. Masukkan pengertian ke dalam otaknya bahawa: (Ilmu untuk makan) akan hilang jika tak makan, tetapi (Ilmu yang supaya manusia mendapat pelajaran) tetap kekal selagi penuntut-penuntut masih hidup dan para guru tak kunjung dilupakan, selama mereka mengikut petunjuknya. Di belakang itu jangan berkeputusan mencari rezeki, tetapi terus menjalankan usaha. Sesungguhnya Allah tidak pernah menggelapkan upah mereka yang bekerja.
Wahai ibu! Biasakanlah anakmu menjadi pemberi bukan diberi, bersedekah bukan disedekahi. Sesungguhnya meminta-minta mengemis itu adalah seberat-berat penyakit yang tak kan sembuh, tak ada penawar dan ubatnya, itulah penyakit dari segala penyakit, punca dari tidak mempunyai cita-cita, mati hati, tidak berperasaan. Tanamlah di dalam diri anakmu perasaan jujur dan ikhlas terhadap dirinya sendiri dan umum manusia, memelihara kemuliaan, menjaga ketinggian dan kebesarannya, membunuh rasa yang suka menyerah, menyerang kemalasan yang tak ingin bekerja, agar tak kaget memasuki gelanggang perusahaan hidup, berhemah tinggi serta berani.
Wahai ibu! Biasakanlah anakmu berperangai lunak, mulia dalam segenap usahanya, tidak haloba dalam segala keinginannya, suka besar dalam sepenuh cita-citanya, tampil untuk derma-derma kebajikan, maju berbuat bakti, banyak kawan, sedikit musuh. Tanamlah di dalam hatinya rasa menjauh dari dengki, busuk hati dan menganiaya. Hembuskan ke dalam jiwanya tekad yang teguh dalam berusaha, cenderung berkhidmat untuk manusia, mengasihi segenap bani insan sebagai mencintai diri nya sendiri.
Oh ibu! Kembangkanlah ilmu kebaktian pada anakmu, pancarkanlah cahayanya sentiasa di hadapan matanya, kirapkan bau wanginya yang semerbak itu di mana-mana dia berada, tujukan hidupnya ke arah ‘bakti’, agar dia menjadi seorang penolongnya, bekerja terus untuk menaikkan panji-panjinya. Sesudah itu peringatkan pula betapa hasil perbuatan yang rendah, dan bentangkan di hadapan matanya setiap masa bagaimana akibat-akibat kejahatan dan mala petakanya. Kemudian tunjukkanlah hasil-hasil yang elok dari usaha-usaha yang suci mulia, dan janganlah pula lupa selamanya memberi perbandingan antara jalan yang dua itu – yang buruk dan yang baik – dengan mana kau akan dapat menghidupkan padanya rasa cinta kebajikan, membenci dan membanteras kejahatan. Penuhilah jiwanya dengan kelimpahan dan kedermawanan, bermurah hati dan santun budi bicara. Biasakan dia memandang mulia dan menghormati orang yang mempunyai kedudukan dan keturunan baik, menjauh dari tuan-tuan punya nikmat yang palsu, yang mempunyai kedudukan yang tidak kekal dan bakal rosak.
Untuk melaksanakan kewajipan itu, kau sewajarnya berpandukan kitab yang nyata turun dari Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Bijaksana. Maka jadikanlah anakmu daripada mereka yang hafaz Al-Qur’an, lelaki yang bertakwa dan beriman. Ajarilah dia perjalanan hidup Ar-Rasul Al-Amin An-Nabi Al-Karim s.a.w. Di dalamnya banyak teladan yang elok dan contoh yang baik-baik untuk diturutinya. Itulah petunjuk yang akan membawanya ke jalan yang lurus, ke arah membentuk keadaan yang kuat dan teguh. Dan ajarkanlah kepadanya sejarah nabi yang terpilih itu serta apa yang dideritainya di jalan menyeru manusia dalam berbagai-bagai pusingan dan peredaran, juga apa yang telah ditemui baginda daripada musuh-musuh kaum penyengutu Allah yang tidak mempercayai baginda. Ajarilah anakmu ilmu sejarah. Sejarah adalah cermin daripada segenap kejadian, mengandungi rahsia-rahsia peralihan zaman dan saksi yang adil dari apa yang berlaku pada manusia setiap masa, istimewa sejarah penghulu dari sekalian nabi dan penutup utusan Allah di mana segala yang bertabur ada terkumpul di dalamnya, melengkapi segala kejadian dan penuh berisi barbagai-bagai teladan. Bukan sedikit kekerasan, kesakitan dan penderitaan yang pahit-pahit yang telah ditemui oleh Rasulullah s.a.w. dalam usahanya untuk mempropaganda terhadap Allah. Betapa banyak kesukaran dan kemelaratan yang telah ditimpakan kepadanya oleh musuh-musuhnya kaum kafir, dan bagaimana pula tetapnya pendirian baginda dengan jiwanya yang besar, hati yang tabah beserta perangai tinggi mulia membasmi segala penentangan itu.
Wahai ibu! Ajarilah anakmu sejarah membangun syara’ yang besar itu, dan terangkan kepadanya bagaimana tetapnya pendirian baginda di hadapan penyerbuan musuh-musuhnya kaum musyrikin, diperkuat Allah segenap langkahnya membunuh kaum penyembah berhala, berdiri teguh menentang mereka meskipun besar jumlah mereka dan mempunyai kelengkapan yang banyak. Mereka ingkari hak baginda di kalangan mereka, mereka tak akui baginda lagi sebagai bangsanya, mereka tidakkan sama sekali kebaikan baginda. Tetapi dengan rasa kejujuran yang kuat, tekad yang padat, keyakinan yang tetap dan keimanan yang teguh, baginda bertahan, laksana sebuah gunung besar yang tidak bergerak, tidak berkisar, tidak berganjak tidak gentar, tidak sakit tidak mengadu, dan tidak mengeluh sehingga beroleh kemenangan nyata yang muktamad.
Ayuhai ibu! Ajar anakmu kerja-kerja pembentuk perdamaian yang besar ini, pemimpin besar yang telah mengubah corak permukaan bumi, yang telah menyusun bangunan dunia, mengatur acara hidup, menukar kepercayaan manusia, meletakkan sendi-sendi dasar kehidupan yang tetap dengan mana baginda telah berjaya menegakkan menara petunjuk, menerangi segenap hati dengan beriman terhadap Allah yang Esa Maha Tinggi, membangunkan setiap diri dengan meyakini kekuasaan Tuhan yang Maha Berkuasa, membawa cahaya yang ada padanya, yang tak cacat sedikit jua, baik ketika berada di sisinya mahupun sepeninggalan wafatnya: Sebuah kitab dari Allah yang Maha Mulia Bijaksana. Dibukakannya pintu-pintu kehidupan yang lapang untuk manusia, di aturan undang-undang pergaulan bani insan, dibersihkannya dunia dari kekotoran keberhalaan, diterangkannya adat-adat yang sebaik-baiknya dan cara-cara hidup yang paling mulia, dibentuknya suatu makhluk baru, suatu umat yang pandai bekerja setelah mereka terkenal degil menyangkal dan tidak terkenal sedikit juga. Ditiupkannya pada mereka ‘jiwa perjuangan’ untuk hidup dan sesudah mati, diperkencangkannya setiap langkahnya, diperteguhnya segenap tekadnya dan didorongnya selama-lamanya maju ke muka.
Oh Ibu! Seelok-elok peringatan ialah peringatan petunjuk. Petunjuk siapakah yang lebih elok dari Rasulullah s.a.w.? Amalan siapakah yang lebih murni dari perjuangan hidup baginda? Dan siapakah lagi yang lebih tinggi kedudukannya, kekuatannya, kebaikannya, keutamaannya dan panji-panjinya selain baginda? Ajarilah anakmu segala perbuatan dan usaha baginda serta segala yang berhubung dengan kehidupan dan perjalanan hidup baginda alaihis solaatu wassalam yang harum itu. Semuanya itu adalah lebih besar dari apa yang telah dan yang sedang dibuat oleh pembesar-pembesar, yang sangat dicintai agar raja-raja dan pemerintah-pemerintah beroleh taufik mengerjakannya. Sebesar-besar aturan dan cara hidup yang dijalankan oleh penganjur-penganjur dan para pemimpin, serapi-rapi susunan untuk mendirikan keamanan, dan seteguh-teguh hukum untuk memperdapat kesenangan, kemewahan hidup, namun ‘tuah dan damai’ itulah jalan yang selurus-lurusnya, yang paling selamat dan paling santun.
Wahai ibu! Ulangilah lagi riwayat hidup rasul amanah, betapa bijak perhatiannya, betapa teguhnya baginda berfikir, berlemah lembut dalam segala pekerjaan dan budi bicaranya, tolong menolong bersama mukminin segolongannya, membantu mereka yang hidup terlantar, mengubat si malang yang ditimpa penyakit, melipur duka yang dirundung malang, tak pernah menghampakan hajat mereka, yang mulia dipandang mulia, yang besar dibesarinya juga, yang kecil dikasihinya, tak ada padanya yang disebut sia-sia, hendak membelot jauh sekali, segala-galanya sangat amanah. Ajarilah anakmu tentang bagaimana kelicinan baginda, kebijaksanaan yang telah ditunjukkannya dalam memerangi dan menggempur kaum-kaum kafir, dan bagaimana baginda menentang mereka. Musuh-musuh baginda adalah banyak cukup dengan alat kelengkapan, sedang baginda dengan penolong-penolongnya hanyalah pasukan sebilangan kecil. Tetapi segenap kekuatan baginda bersama kaumnya adalah terletak pada percaya terhadap Allah dan yakin akan mendapat pertolongan yang nyata. Kekuatan itulah yang menghancur-leburkan serangan dan pertahanan musuh sehingga kemenangan tetap berada di tangan baginda, kekuatan mana lagi? Tidak lain daripada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.Ajarilah anakmu bahawa hidup adalah perjuangan. Bagaimanapun tingginya cita-cita dan panjangnya umur manusia namun pasti akan pulang ke asalnya, ke tempat ciptaannya dari bumi, kerana manusia dijadikan dari tanah (maksud ayat Al-Qur’an: Daripadanya (tanah) kamu Kami jadikan, ke dalamnya kamu akan Kami kembalikan, dan daripadanya juga kamu akan Kami kembalikan sekali lagi.) Dan bahawa dunia ini rumah persinggahan, akhirat juga rumah yang kekal. Maka hendaklah dia mengatur perbekalan dari tempat singgahnya itu ke tempat yang tetap, supaya disediakannya untuk dirinya amalan bakti dari dunia menuju akhirat, dan agar dicontohinya amalan Rasulullah s.a.w., diikutinya jejak diturutinya jalan baginda, mengerjakan suruh, menjauhi larangannya.
Ajarilah anakmu: Atlas perjuangan sahabat Ansar dan Muhajirin, bacakan kepadanya riwayat hidup mereka yang penuh setia itu, terutama sejarah Khulafa’ur Rashidin sesudah Rasulullah Al-Amin, dan pemerintah-pemerintah di belakangmereka. Jadikanlah sejarah harum yang membawa kemegahan yang paling besar ini lebih utama dari berbagai-bagai hikayat dan cerita-cerita yang karut marut, sejarah yang akan dapat menjaga dan menghidupkan hati, menyalakan api gembira dan berani di dalam diri. Peringatkanlah kepadanya sejarah Abu Bakar As-Siddiq r.a. bagaimana sukanya menghulurkan tangan untuk menolong, murah hati dan dermawan, terutama pertolongannya yang istimewa terhadap rasul yang mulia dan keberaniannya menemani baginda di dalam gua.
Ajarilah anakmu riwayat hidup Al-Faruq Umar bin Al-Khattab r.a. yang mana dengannya Allah telah menolong tentera muslimin dan melebur tentera musyrikin sehingga termasyhur di kalangan kaumnya sebagai ‘pedang tajam islam’.
Nyatakan kepadanya: Usaha murni Uthman bin Affan, bagaimana dia berkhidmat untuk Islam, mengumpul dan memelihara Al-Qur’an. Sebelum Rasulullah s.a.w. wafat, Qur’an telah siap disusunnya dan dibacakannya terhadap baginda.
Sebutkan kepadanya: Riwayat ‘Aliy Karramallaahu Wajhah saudara sepupu Rasulullah s.a.w. di pihak ayah dan suami Fatimah Az-Zahra’ r.anha, gedung ilmu, juara pedang dan sastera.
Ajarilah anakmu riwayat ‘Peperangan Tabuk’. Bagaimana Khalid (Carlead) bin Al-Walid dan tentera-tentera musliminnya bertindak. Dengan usaha dan perjuangan mereka Allah Ta’ala menaikkan bendera Islam di tanah tinggi Syam (Syria), Parsi, China, Afghanistan dan berkibar terus sehingga ke Negara Romania.
Kemudian bawa pula perhatiannya kembali ke Mesir yang telah dimasuki oleh Amru bin Al-As dan tenteranya, mengibarkan bendera Islam di sekitar daerahnya dan mencacakkan tiang-tiang tinggi ‘haiya ‘alal falah’ hingga sekarang.
Ajarilah anakmu semuanya itu. Singkirkan daripadanya cerita ***‘Abu Rijal Maslukhah’, ‘Luba’ba’, ‘Abu Khiisyah’, ‘Penggal-penggal Kitab Seribu Satu Malam’, ‘As-Sanad Badul Bahri’, ‘Allasshus Sariif’ dan ‘Nawadir Hafiz Najib’. Haramkan dia membaca cerita ‘Kasy Kasy Bak’, ‘Ar-Raihaaniy’. *** (seumpama buku-buku dongeng yang biasa kita dengar). Dan janganlah ditinggalkan sahaja dia ke pusingan takdir.
Masukkan ke dalam otaknya bahawa: Agama, tanahair dan berurusan di kalangan manusia adalah sepenting-penting perkara yang wajib dihormati, yang mesti ditunaikan kehendaknya. Dan di dalam itulah terkumpulnya segala-galanya, padanyalah terletaknya lapangan kemakmuran, merdekanya ibu pertiwi, mewahnya kehidupan, dan menangnya dari segala musuh. Daripadanyalah bersatunya kalimat, sejalannya fikiran, sejajarnya barisan, menangnya kebenaran, terbelanya yang lemah, tumpulnya tajam yang kuat, terhentinya kehalobaan dan sampainya ke kemuncak cita-cita. Dan daripadanya jugalah berhubungnya kasih-sayang, tertegahnya perdendaman, datangnya rindu, tumbuhnya cinta, sebatinya anasir dan bertautnya segala yang putus. Seterusnya melahirkan aman, sentosa, berjalannya keadilan, terbasminya kezaliman dan terpulangnya sesuatu ke tangan yang empunya. Inilah dia batu-batu permata yang paling gemerlap, terkarang di tajuk mahkota umat, semahal-mahal lo’lo’ di atas kepala lelaki dan sebesar-besar bintang tersisip di dada pahlawan-pahlawan kesatria. Hiaslah anakmu dengan ini, sediakanlah itu untuknya, dan usahakanlah terus menerus supaya dia dapat mencapainya.
Tak kan dapat anakmu memperolehi semuanya itu secukupnya kalau tidak dijadikan seorang yang mulia, tahan hati, bukan bacul, tidak sombong, jauh dari kecemaran, tak celupar mulut, suci dirinya, tidak menyembunyikan perbuatan busuk, elok perangainya, merendah diri, tidak pemarah, jauh dari kesasaran, berani menampilkan diri, besar keinginan dan tinggi cita-cita.
Kaulah sendiri oh ibu, yang bertanggungjawab, kerana kaulah yang dikatakan oleh penyair Mesir: ‘sekolah’ – diharumi Allah pusaranya -.
Biasakanlah dia menjadi lelaki yang sopan, tidak menganiaya dan tidak dianiaya, tidak melampaui dan tidak dilampaui. Berilah perhatian terhadap segala haknya supaya dia tidak mempersia-siakannya dan melewati batasnya ke sempadan yang lain, menolak yang salah dengan yang benar, membela yang benar dengan keadilan, tidak terpengaruh oleh rasa belas kasihan, tidak takut berterus terang pada yang hak baik di hadapan orang besar mahupun bersama yang kecil, biar dipuji atau dicela, tak gentar menentang hakim, berupa hebat angkat kepala, memberikan hak kepada yang empunya, menghormati yang besar bukannya tunduk, mengasihi yang kecil tidak menindas, seterunya takut terhadap Allah masuk bilangan para solihin.
Ayuhai ibu! Sejarah itu bapa pengajaran. Sebagaimana yang telah saya katakan tidak ada di sana sejarah yang lebih besar daripada sejarah nabi kita s.a.w. Oleh itu hendaklah kau gunakan kesempatan maulidur Rasul s.a.w. untuk menghadiahkan kepada anakmu riwayat hidup baginda yang suci itu, yang lebih manis dari halwa, lebih bagus dari segala barang yang disediakan orang, juga dari segala tempat menari, tempat melancong, wayang gambar, dan berbagai-bagai tempat kotor ke mana biasanya orang-orang membawa anak-anak mereka bersuka-suka.
Nah ibu! Kau sudah kuberi pertolongan, kuberi bantuan dan kuperingatkan. Kaulah orang yang mula-mula mendengar dan lebih mengetahui bahawa aku telah menunaikan kewajipanku. Sekarang kau tunaikan pulalah kewajipanmu. Bukanlah ajaran itu terhadap anak lelakimu sahaja tetapi juga untuk sekalian anak-anakmu lelaki dan perempuan, malahan perempuanlah yang lebih utama dan lebih berhak mendapat pendidikan. Perbuatan hina sudah berkembangan mengatasi kesopanan, pemudi sudah bebas sebebas-bebasnya, mutunya sudah jatuh dan harganya sudah turun. Berhubung perkara ini hendaklah kau kembali ke riwayat ibu besar ‘Khadijah Al-Kubro’ puteri gemilang ‘Fatimah Az-Zahra’’ ‘Aisyah Ummul Mukminin’ dan banyak lagi perempuan kaum muslimah selain mereka. Ajarilah puterimu riwayat hidup mereka yang cemerlang, bagaimana mereka beradab sopan, tetap pendirian, suci mulia, menjaga maruah diri, banyak ilmu dan luas pengalaman.
Berilah pengertian terhadap puterimu bahawa kesucian diri, keharuman nama dan menjaga maruah itulah mahkota gadis-gadis. Kalau semuanya ini dipeliharanya, dia akan hidup megah dan segak, tetapi jika itu disia-siakannya, dia akan jatuh menjerembab, tersungkur yang tak akan mungkin bangun lagi, dan kesannya tinggal ke anak cucu, jangan diharap akan terlipur oleh jejak-jejak peredaran tahun.
Ajarilah puterimu segala kewajipannya terhadap agama, terhadap ibu bapa, saudara maranya, suaminya, anak-anaknya dan terhadap manusia amnya. Kerana di dalam soal ini lebih besar tanggung jawabnya berbanding anak lelaki.
Apabila kau sudah mengerti wahai ibu bahawa inilah kewajipanmu, tanggungjawabmu dan amanah yang dipikulkan ke tengkukmu, saya percaya cukuplah sekadar itu untuk dikerjakan dan mempergunakan segala kesempatan. Sesudah kau tunaikan kewajipanmu itu maka hasilnya kelak Allah Taala akan memperbaiki keadaanmu. Dari itu janganlah kau tinggalkan sahaja anak-anakmu pada aliran takdir.
Dipetik daripada:
As’ad Lutfi Hasan. 1372H=1953M. Perkahwinan Dalam Islam. (kitab kuning – jawi). Penang : Persama Press. m.s 58 - 68

Happy Birthday mama

Dalam menunggu detik-detik 1201
tika mana menanti fajar paginya
neraca hidupmu mengiring kealam remaja
ringanlah ruang keanakan

Menjenguk mentari di kaki langit
dalam kesyahduan padi nan indah
tercatitlah sejarah dalam duniamu
bergantung pada dahan ke... ... ..(angka hari jadimu)
selangkah lagi menuju kematangan
seruas jua menuju hujung hayat

Terokailah alam sejagat ini
lihatlah seluas matamu
fahamilah keduniaan ini
cerminkan ianya adalah akhirat

Di detik nirwana yang kau tunggu setahun lalu
dariku yang tak pernah menemuimu
dari mata yang belum akur menelanjangi wajah manismu
seikhlas rasa sebuah doa
kepadamu teman yang kukenal nama
"SELAMAT HARI LAHIR ke 22"
moga jaya menempuh hidup
agar sejahtera menelangkupi diri.


dari  anakmu &  bekas suamimu :-

Thursday, February 3, 2011

Siapakah aku dihatinya


Rindu,
Jiwa gelisah, hati meronta,
Di sana sini,
Terbayang sidia,
Layakkah aku,
Merindui dirinya.

Bagaimanakah keadaannya,
Rindukah padaku,
Atau?,
Hanya aku yang mengharap,
Secebis kasih,
Pada insan yang bertakhta dihatiku.

Aku keliru,
Menanti jawapan darinya,
Aku buntu,
Mendengar kiasannya,
Aku perlukan kepastian,
Dari si dia yang aku kasihi.

Dari tutur katanya,
Aku memasang angan,
Dari renungannya,
Aku membina impian,
Sidia sering mengujiku,
Tahukah dia perasaan hatiku?

Bila diperlukan,
Dia sentiasa disisiku,
Bila berjauhan,
Dia sering menghubungi,
Bila kukenangi,
Dia seringkali mendampingiku,
Namun?..,
Siapakah aku di hatinya.

Hati Pecah

Dikedinginan senja yang sepi.
Hatiku tersentuh hiba..
aku pun tidak tahu kenape dan mengapa Mungkin diketika ini..
aku sedang merindui. atau terkenangkan sesuatu.. 
Mengenangkan segala kisah2 suka dan duka yg pernah kualami Namun apakan daya diriku. 
Aku tak bisa utk mengulangi kembali segala memori..yg pernah kualami Sekiranya segala di dunia ini..dpt diputar kembali.. 
Akan ku lalui..setiap detik dan saat itu dengan penuh berhati-hati 
Tidak akan kubiarkan dan tidak ingin ku undang Setiap perjalanan yg melukakan.. 
Kan ku atur setiap langkah ku itu..mengikut perbatasan Bukannyat kata hati yg tidak ketentuan Namun semua ini tak mungkin terjadi Setiap apa yg telah dilalui akan menjadi sebuah memori Memori duka.. 
Memori yg tidak dapat dipadamkan lagi.. Walau sekeras mana..hatiku cuba menidakkannya.
Ia.tetap kekal, utuh..dan pasti akan menjelma. Bila-bila masa..dan dimana-mana. Kerana..memori akan tetap menjadi sebuah memori.. Yang pasti.. setiap detik dan saat yg bakal menjelma Harus dijaga. 
Untuk mencipta sebuah memori yg bahagia. Agar tidak lagi terkecewa.. Hidup ini sungguh unik.. Suka,duka,lara,bahagia..semuanya ada. Tidak akan sempurna hidup seseorang itu sekiranya tiada duka Namun kedukaan itu amat memeritkan. Walaupun seperitmana walaupun sepedihmana ia. Tiada siapa yg mengetahuinya Kerna ia tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Hanya yang mengalami saja yg mengetahui.. Betapa siksa betapa.derita Menanggung segala duka. 
Walau apapun yg berlaku hidup ini mesti diteruskan jua Selagi hayat dikandung badan Selagi itulah jua dugaan menjelma.. 
Untuk menamatkan segala sisa-sisa.yg masih lagi ada Bagi mencapai matlamat hidup yang bahagia.

Merindui Mu , Kau Telah Pergi


Ku tanya embun pagi,
Ku tanya embun pagi
Ku tanya matahari
Ku tanya bintang, bulan, dan isi bumi

Ku cari kau disana, ku cari kau disini
Ke dasar laut, ke puncak gunung
Ku jalani semua
Ingin bertemu, lepaskan semua rinduku

Andaikan dulu, aku bicara
Mungkin kau masih disini
Tak ada rasa bersalah
Tak ada rasa gelisah

Kau pun telah pergi jauh
Tinggalkan ku
Tinggalkan luka untukku

Di saat tidurku, kau selalu hadir
Di dalam tidur kau tersenyum manis
Hingga pagi tiba dan aku pasti kecewa
Kerna kau datang hanya dalam mimpi
Hanya di dalam mimpi (senyummu, tawamu, wajahmu)

Andaikan dulu, aku bicara
Mungkin kau masih disini

Saya Mahu Membenci Awak

Mohon izin untuk menulis lagi. Hati ini terlalu merindui awak.]


Awak...
Sedar tak, dah lima tahun kita berkenalan,
Lama kan,
Awak selalu beria untuk bertemu,
Tapi, cuma sekali je kita bersua.
Saya tak kisah,
Sebab saya yakin kita akan jumpa lagi.

Cuma saya terkilan,
Awak main-mainkan perasaan saya,
Awak kata cintakan saya,
Tapi, awak kahwin dengan yang lain.

Saya pernah tanya,
Tapi awak kata,
Awak tiada teman istimewa,
Cuma yang ada teman berbicara,
Sekadar pergi dan makan bersama.

Kejamnya awak,
Terang-terang awak bohongi saya,
Awak ingat, saya ni anak patung ke,
Layan saya seperti tiada perasaan.

Saya menangis awak,
Cuma tiada air mata,
Saya pendam semuanya dalam hati,
Supaya tiada yang tahu saya sedih.

Saat ini, saya cuba keraskan hati saya,
Menyepikan perasaan rindu terhadap awak,
Memujuk hati untuk melupakan awak.
Tapi masih lagi tidak berjaya.

Hati saya degil sangat,
Masih ingin melagukan rindu,
Berharap dapat bercinta dengan awak,
Walaupun awak suami orang.

Awak pun,
Degil macam hati saya,
Masih lagi ingin beri harapan,
Masih katakan sayang dan rindu,
Dan mahu terus mencintai saya.
Awak kata,
Kita akan bernikah nanti.

Awak...
Jika cinta itu tulus,
Temani saya di sini,
Saya terlalu berharap,
Semuanya kembali baik,
Awak dan saya dapat bersatu,
Dalam ikatan suci.

Awak...
Jika cinta itu nista,
Ajar saya mbenci awak,
Saya mahu mbenci awak,
Hanya dgn benci,
Saya akan bhenti mencintai awak.

Pasti & Mungkin Ada Hikmah Sebalik Kejadian


Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! . Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' a! pabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya ke rana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.

Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jan! gan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi,

"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.
Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya... "

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.


Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia ! layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta... ... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.

People Will Forget What U Said People Will Forget What U Did But People Will Never Forget How U Made Them Feel "

Jangan sesekali kita melukakan hati dan perasaan insan lain hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri... sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah... Allah maha pengasih maha penyayang dan Allah maha adil... setiap ape yg kita lakukan pasti ada balasan dariNya... BERINGATLAH...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers