Pages

Followers

Tuesday, November 30, 2010

"Anak Soleh": 7 Kalimah Mulia

"Anak Soleh": 7 Kalimah Mulia: " Sabda Rasulullah S.A.W ' Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya wal..."

7 Kalimah Mulia

  Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walausebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hariesok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siangmalam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.


Tiada APa Yang InDah

Renungan Bersama
Tiada Apa Yang Indah...
TIADA APA YANG INDAH Bagi ibu bapa... selain mendapat anak yang soleh dan solehah... dan... mendoakan kebahagiaannya. Jadilah anak yang soleh dan solehah.
Tiada yang indah... Bagi guru... selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya dan usahalah sehingga berjaya
Tiada yang indah... .Bagi Pejuang selain meraih kemenangan dan gugur sebagai syuhada' Jadilah syuhada'Fisabilillah
Tiada yang indah... .Bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya. Hindari diri dari mengkhianati... .
Tiada yang indah Bagi Suami dan Isteri... . selain mendapat isteri dan suami yang solehah dan soleh serta dapat hidup bahagia.
Wujudkanlah keluarga bahagia...
Tiada yang indah... bagi KAwan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam menempuhi ranjau perjuangan... . Jadikanlah kawan yang baik.
Tiada yang indah Bagi Muslim..selain dapat menjatuhkan lawannya dan memperolehi kejayaan... Musuhilah Syaitan jangan manusia...
Tiada yang indah Bagi pelajar... selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat...
Tiada apa yang indah... ..
Ingatlah..anda tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Ilahi... kerana semua nikmat darinya kita tiada kuasa untuk mengadakannya.. cuma kita perlu berusaha hingga berjaya...
Dan andai tidak berjaya... .janganlah berputus asa...

"Anak Soleh": Entertained the hearts of parents

"Anak Soleh": Entertained the hearts of parents: "Son of righteousness will strive to repay the kindness given by parents to him. He will do whatever is affordable for parents to feel comfor..."

"Anak Soleh": Hiburkan hati ibu bapa

"Anak Soleh": Hiburkan hati ibu bapa: "Anak yang soleh akan berusaha untuk membalas jasa kebaikan yang dicurahkan oleh ibu bapa kepadanya. Dia akan melakukan apa sahaja yang ter..."

Monday, November 29, 2010

"Anak Soleh": Menjana Anak Menjadi Taat, Rajin Dan Bijak

"Anak Soleh": Menjana Anak Menjadi Taat, Rajin Dan Bijak: "1. Apa itu Bicara Kendiri atau Self-Talk? Bicara Kendiri merupakan teknik bantuan sendiri kepada sesiapa sahaja yang ingin mewujudkan b..."

"Anak Soleh": Hearts and feelings

"Anak Soleh": Hearts and feelings: "Maybe God wants us to meet with deliberately wrong people before meeting the right people so that when we finally meet the right person, w..."

"Anak Soleh": Hati Dan Perasaan

"Anak Soleh": Hati Dan Perasaan: " Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui i..."

"Anak Soleh": Trust in Allah loves ...

"Anak Soleh": Trust in Allah loves ...: "Indeed, life will never deserted from all the trials and tests. What can I say that as Muslims we should be confident that any real challe..."

"Anak Soleh": sifat anak yg soleh

"Anak Soleh": sifat anak yg soleh: "sifat anak yang soleh mentaati ibu bapa tidak membantah malah mentaatinya halus peribadinya mencontohi Rasulullah setiap amalan dijaga a..."

Anak Soleh: macam mana nak jadi anak yang soleh......

 Soleh: macam mana nak jadi anak yang soleh......: "Anak Soleh: macam mana nak jadi anak yang soleh...???: '10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH 1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna. 2.Beramal so..."

Budaya Anak Soleh

Budaya Anak Soleh: "KASIH DAN TAAT KEPADA ALLAH (Tuhan yang menjadikan semesta alam dan semua makhluk) - Menunaikan perintahnya - Meninggalkan larangannya. ..."

Kisah Benar Yang Meminta Perhatian Dari Kita

" Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah... " ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.

Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan .

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .

Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun , Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga adaik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat , dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.

Disaat ini juga katanya , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, ini termasuklah baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun ramai. Mereka terdiri daripada , Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, Izyani , 18 , Ilhamina , 17 , Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz , 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,

Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masing bergenangan air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu Langat ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.

Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju , berkata beliau akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang menetap bersama neneknya di Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.

Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Anak Yang Soleh Dan Solehah

Anak Yang Soleh Dan Solehah: "Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai bertawaf, Rasulullah SAW bertanya kep..."