Pages

Followers

Friday, January 7, 2011

epilog kehidupan....


hidup... ..
hanya untuk golongan mampu,
mampu gembira dalam kesedihan,
mampu ketawa dalam tangisan.
dan,
mampu menerima segala pemberian tuhan...

hidup... ...
masih tercari-carikah definisi hidup yang sebenar?
sedangkan kenyataan berada didepan mata.
biar tak dapat melihat asalkan dapat merasa,
betapa agungnya kehidupan!!

hidup... .
tidak akan bermakna jika tiada cita-cita.
jika dayung impian tidak dikayuh.
ke muara kenyataan.
jika realiti masih lagi...
beralaskan fantasi... .

hidup... ..
apa yang dinamakan hidup?
perlukah kita bergelut mencari kebahagiaan di dunia,
untuk melengkapkan hidup?
yang nyata tidak kekal lama.
bagaimana dengan mereka yang rebah..
dalam pergelutan ini?

hidup... ..
tak perlu ditangisi akan kekurangannya
kerana hidup ini terlalu sempurna... .
kepada mereka yang bergelar... .
insan... .
dan... ...
akulah insan yang baru tersedar akan hakikat ini... .

alhamdullilah!!!

1 comment: