Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, December 10, 2010

Tip Pulih Diri Selepas Bercerai


1. Apabila suami melafazkan ucapan yg menunjukkam perceraian, salah satu pihak perlu membuat laporan kepada pihak yg berkaitan initu Jabatan Agama Islam untuk mendapatkan pengesahan lafaz yg dinyatakan sama ada ia dianggap sah @ tidak di sisi undang-undang syarak.

2. Selepas perbicaraan dijalankan dan keputusan dijatuhkan maka bermula saat itu, suami dan isteri tidak lagi mempunyai apa-apa ikatan perkahwinan selama mana tidak ada lafaz talak rujuk yg rasmi.

3. Sekiranya pasangan mengambil langkah untuk meneruskan perpisahan tanpa berhasrat untuk kembali sebagai suami isteri, semua tuntutan perlu dikemukan untuk tindakan seterusny.

4. Sebagai isteri yg diceraikan, tuntutan boleh dibuat melalui hak perkahwinan, iaitu tuntutan nafkah edah / - sara hidup (untuk 3bln), nafkah mutaah / ganti rugi perceraian, harta sepencarian dan hak jagaan anak sekiranya ada.

5. Isteri yg diceraikan seharusnya mendapatkan pandanmgan dan Nasihat daripada pihak yang menyediakan bantuan seperti pihak guaman, pandangan daripada kaunselor berkelayakan, rangkaian sokongan rakan dan sekiranya perlu bantuan meringankan beban ekonomi.

6. Isteri yang menerima ujuian dalaman dan luaran ini perlu menenangkan diri kerana sekiranya bertindak dlm situasi yg tertekan akan menyukarkan lagi keadaan. Bawa bertenang dan anggap perceraian bukanlah satu kekalahandan kematian tetapi permulaan untuk satu perjuangan yang pasti
ada kemenangan?.

7. Apa yang paling perlu ialah bersabar dan redha dgn ketentuan ILAHI kerana di sebalik setiap kejadian pasti tersembunyirahmat dan hikmat yg tidak mampu di baca oleh akal manusia yg terbatas. Yang pasti kita masih memiliki Tuhan yang Pengasih dan Penyayang?

1 comment:

  1. semoga dipermudahkan kehidupannya di dunia &akhirat..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers