Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, December 2, 2010

Kisah Awais Al-Karni (Kisah Benar)

Pada zaman dahulu ada sebuah kisah mengenai seorang hamba Allah yang hidup penuh takwa serta zuhud terhadap kehidupan dunia.Dia hidup dengan hanya memelihara unta-unta kepunyaan abangya di satu daerah di Karni.Pada suatu hari ketika Awais sedang duduk seorang diri, tiba-tiba dia telah menerima khabar tentang Rasulullah S.A.W yang ketika itu sedang menghadapi perang uhud.Awais menerima berita tentang gigi Rasulullah telah patah dalam pertempuran tersebut.Tetapi bagaimana dia mendapat berita itu, dia tidak tahu.Ini kerana pada masa itu tidak sesiapa pun menghantar berita tersebut kepadanya.Sedangkan pada masa itu belum ada lagi perkhidmatan pos dan telekom.Awais yang hidup dengan penuh kesucian itu menerima berita tersebut menerusi suatu kuasa alam ghaib.

Setelah memperolehi berita dari alam ghaib itu, Awais pun mencabut sebatang giginya untuk merasai sendiri betapa sakitnya Rasulullah mengalami kepatahan giginya itu.Begitulah besarnya cinta Awais terhadap baginda Rasulullah.

Menurut riwayat itu, Awais hanya bertemu Rasulullah sekali sahaja, iaitu ketika Rasulullah hendak berangkat ke medan perang Uhud.Awais bukan sahaja menjaga unta-unta abangnya malah dia juga menjaga ibunya.Sebab itulah dia tidak dapat bertemu Rasulullah sekali lagi.Walau bagaimanapun Awais sempat meninggalkan pesanan kepada Ummul Mukminin iaitu isteri Rasulullah bahawa dia akan dating menemui Rasulullah.Apabila Rasulullah pulang dari medan peperangan baginda pun bertanya kepada isterinya adakah sesiapa yang dating hendak menemuinya Isteri Rasulullah pun meyampaikan pesanan Awais, katanya “Adakah engkau melihatnya ?” Tanya Rasulullah. “Saya hanya melihat belakangnya sahaja.” “Engkau akan masuk syurga kerana memandangnya bergitu.”

Ketika itu Rasulullah sedang berada di atas katilnya di saat akhir hayatnya yang penuh kesucian. Rasulullah telah berpesan kepada isterinya agar baju yang sedang dipakainya itu diberikan kepada Awais.Saiyidina Umar dan Saiyidina Ali bertanya kepada orang ramai sekiranya ada di antara mereka di situ yang berasal dari Karni.Tiba-tiba seorang tampil ke hadapan dan menyatakan kesanggupannya untuk membawa kedua sahabat itu ke wilayah Karni.

Tidak lama selepas itu mereka pun berangkat menuju ke Karni. Setelah mereka sampai di daerah itu mereka pun bertanyakan kepada orang-orang di situ di mana rumah orang yang disebut oleh Rasulullah.Tatkala mereka bertanyakan nama orang itu, penduduk kampung itu berasa amat terkejut memikirkan apakah sebabnya dua tokoh sahabat besar Rasulullah hendak menemui pengembala unta yang tidak dikenali ramai itu.
Apabila merek
a sampai di tempat Awais, mereka mendapati lelaki itu sedang khusyuk bersembahyang.Setelah Awais selesai solat maka dia pun ternampak para sahabat itu sedang memerhatikannnya, lalu dia beliau pun berkata “Sesungguhnya inilah kali pertama ada orang melihat aku bersembahyang”

Lantas kedua sahabat itu memperkenalkan diri masing-masing setelah memberi salam kepadanya.Kemudian mereka menyampaikan pesanan Rasulullah supaya mendoakan keampunan bagi para umat Nabi Muhammad S.A.W.Dengan perasan rendah hati Awais pun menunaikan permintaan mereka itu.

Kemudian para sahabat pun bertanya kepada Awais “Jika tuan sayang kepada Rasulullah kenapa tuan tidak menziarahinya semasa dia masih hidup ?”.

Bagaimanapun Awais tidak menjawab pertanyaaan para sahabat itu sebaliknya dia bertanya pula sama ada mereka turut menyertai baginda dalam peperangan Uhud.Dan sekiranya mereka benar turut bertempur apakah mereka tahu mereka tahu gigi Rasulullah S.A.W yang mana satukah yang telah patah dalam pertempuran itu.

Saiyidina Umar Al-Khattab bergitu tertarik dengan pemuda yang sangat sederhana lagi amat warak warak itu.Lalu dia meminta Awais sudi mendoakannya.Maka Awais pun berkata “Hai Umar setiap kali selepas aku bersembahyang aku tetap mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk semua kaum muslimin.Sekiranya engkau taqwa kepada Allah dan mentaati segala ajaran Rasulullah maka engkau akan terima berkat doaku di akhirat kelak”

Kedua tokoh besar Rasulullah S.A.W itupun meninggalkan tempat itu dengan perasaan puas setelah Berjaya menemui orang yang disebut oleh Rasulullah itu, Awais adalah orang yang tidak dikenali di dunia tetapi besar kedudukannya disisi penduduk langit

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers