ANTARA sebab wanita menjadi penghuni neraka kerana mereka selalu menderhaka atau menghina suami.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: *(Kaum wanita masuk ke neraka) kerana mereka mengkufuri suami.
*Suami selalunya berbuat baik terhadap isteri,tetapi sekali dia berbuat buruk, isteri terus berkata kepada suaminya: Awak belum pernah berbuat baik kepadaku.*
Apa lagi jika seseorang wanita yang cuba meminta cerai daripada suaminya, dia diharamkan mencium bau syurga, sebagaimana sabda Nabi: *Seseorang perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa hak, nescaya diharamkan baginya mencium bau syurga.* (Hadis riwayat Ahmad Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim).
Wanita yang ingin menghindarkan diri daripada masuk ke neraka, hendaklah memandang hormat dan taat kepada suaminya. Selain itu, mereka juga hendaklah selalu berterima kasih atas kebaikan suami dan reda akan kekurangannya serta sentiasa mematuhi perintah Allah.
Sabda Rasulullah : *Apabila seorang wanita melakukan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, memelihara kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, nescaya dia masuk ke syurga.* (Hadis riwayat Al-Bazzar daripada Anas)
Sabda baginda lagi: *Seseorang perempuan yang meninggal dunia dan suaminya reda terhadap dirinya, maka dia akan masuk ke syurga.* (Hadis riwayat Tarmizi dan Hakim).
No comments:
Post a Comment