Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, December 21, 2010

Bukan Begitu Maksud Tersirat

Aku terpaku
menatap kerdipan bintang
mengerlipkan cahaya di subuh hari
ketika gerimis melanda jiwa
yang semakin celaru.

Aku alihkan arah pandanganku
mengimbau kembali kenangan syahdu
masa dulu-dulu
di kolam yang dingin
di butiran pasir yang halus
di hembusan bayu yang lembut
di malam yang dingin
kita bersama.

Aku semakin gundah
bila gerimis berganti ribut
menghilang pertimbangan diri
langkahanku semakin pincang
tuturku semakin serak
kerdipan mataku semakin kuyu
aku semakin goyah
menilai bibit cinta dan sayang
bertaburan di persada rindu.

?
maafkan abang di atas kealpaan ini
bukan kerana tidak mahu
tapi demi ikatan lampau
yang masih tersimpul
membuatkan kita terasing
di daerah yang kita cipta.

Jangan di salah tafsirkan
kerana segalanya masih seperti dahulu
dan akan kekal begitu
kerana pahatan di jiwa
sukar di hilangkan waktu
yang terlalu cemburu.

Maafkan abang!

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers