Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, June 7, 2011

Akhlak Yang Sempurna



Akhlak yang sempurna bagi seseorang Islam ialah apabila kelima-lima jenis akhlak berikut sempurna iaitu:

1. Akhlak terhadap diri sendiri seperti menjaga kebersihan diri.
2. Akhlak terhadap keluarga seperti bergaul dengan ibu ayah dan anak-anak dengan sewajarnya
3. Akhlak terhadap masyarakat seperti memberi salam dan adab berjiran
4. Akhlak terhadap alam kerana Allah memberikan amanah keapda manusia untuk menguruskan alam. Orang yang beraklak jenis ini takut untuk menzalimi kucing.
5. Akhlak terhadap Allah, Dialah sahaja layak disembah dan Dia sahaja layak meminta pertolongan

Nabi pula bersabda mafhumnya,
"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruhanggota manusia itu. Jika daging itu rosakmaka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati".

Akhlak dan hati saling berkait rapat. Bermula dari hati yang baik, akan menghasilkan akhlak yang sempurna di sisi Allah. Untuk melembutkan serta menjinakkan hati, ubatnya hanya satu iaitu mempelajari agama serta mengamalkannya.

Moral dalam masyarakat barat berubah-ubah mengikut zaman sedangkan akhlak mulia di dalam Islam adalah tetap kekal sama sepanjang zaman.

Moral mengikut pandangan barat 100 tahun lalu memandang hina perempuan yang mendedah pusat, mendedah sebahagian buah dada dan sebagainya tetapi kini nilai moralnya sudah berubah. Orang Cina 100 tahun lalu malu untuk berjabat tangan antara lelaki dengan wanita namun itu semua sudah menjadi nilai moral yang diperakui barat dan orang Cina di Tanah Besar. !00 tahun lalu barat memandang hina lelaki yang tinggal serumah dengan wanita yang belum dikahwini tetapi kini nilai moral barat sudah boleh menerima perlakuan ini.

Begitulah, piawaian nilai moral barat tidak pernah di ikat kepada sesuatu peraturan sama ada peraturan masyarakat atau agama mereka. Piawaiannya sentiasa berubah mengikut cara pemikiran manusia pada waktu tersebut. Manakala akhlak di dalam masyarakat Islam sepatutnya sama sepanjang masa sama ada pada zaman rasulullah SAW atau zaman sekarang.

Namun hakikatnya di Malaysia, akhlak mulia Islam sudah dikacukkan dengan moral dari barat dan jadilah akhlak baru yang rosak, yang tidak sayang lagi kepada diri sendiri dengan merokok dan menghisap dadah dan lebih teruk lagi akhlak terhadap Allah.

Untuk membaiki situasi ini, mengembalikan akhlak umat Islam Malaysia menjadi sebagaimana yang diimpikan, jawapan hanya satu iaitu kembalilah kepada Islam secara keseluruhan sebagaimana telah diajarkan oleh Nabi Muhamad SAW dan bukan secara berpilih-pilih.


... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .


Wahai tuhan yang membolak balikkan hati
tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu
kejapkanlah pijakanku atas jalan-Mu
kerana ku tahu
Engkaulah pemilik hati yang hakiki
tak mungkin ia berubah melainkan dengan izinMu
tak mungkin ia berganjak melainkan dengan kehendakMu
dan tak mungkin berpaling melainkan dengan 'kun fayakun'
sebagai hamba yang daif aku ridha,
sadar dan insaf atas setiap apa yang telah Engkau suratkan buatku
hikmahMu ada dalam tiada
dapat dirasa dalam sengsara
dapat dikecap manisnya rasa
walau tidak pasti arah tujuannya

Aku ridha dan pasrah dengan ketentuanMu
Wahai Tuhanku...

Sekian wassalam wallahualam 

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers