Pages

Followers

Wednesday, December 1, 2010

Perkhidmatan Percubaan RapidKL Untuk Wanita Sahaja Sehingga 31 Dis

Perkhidmatan Percubaan RapidKL Untuk Wanita Sahaja Sehingga 31 Dis

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- RapidKL telah memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai Rabu hingga 31 Dis.

Menurut kenyataan Bas RapidKLi, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.

Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment