Untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu membaiki diri. Membaiki diri di sini bukan setakat membaiki yang lahir tetapi yang batin. Memperbaiki diri batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najis2 dan kekotoran2 yang bersifat maknawi, yang melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal, pada hati dan pada nafsu. Najis akal ialah kesyirikan dan men“syarikat”kan Tuhan dengan sesuatu yang lain. Ataupun kufur terus terhadap-Nya. Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada kefahaman dan ideology ciptaan manusia. Najis hati ialah segala sifat2 keji dan mazmumah yang bersarang di hati. Contoh sifat2 tersebut adalah seperti riak, sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah, pendendam dan sebagainya. Najis nafsu pula ialah segala dorongan yang jahat dan negative yang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan kemurkaan Tuhan. Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan secara berterusan atau istiqamah, maka sedikit demi sedikit akan terbukalah jalan untuk mengenal diri dan seterusnya untuk mengenal Tuhan. Untuk dapat merasa berTuhan dan merasa kehambaan. Untuk merasakan bahawa Allah sentiasa wujud dalam hidup kita, sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa berperanan dan sentiasa mengetahui akan hal kita lahir dan batin. Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula Zikir Qauli ( Lidah ), Zikir Fe’li ( perbuatan ) dan Zikir Qalbi ( hati ). Zikir yang paling agung dan utama sekali ialah solat. Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, segala bentuk amalan para malaikat dan segala bentuk amalan para nabi dan rasul. Di dalamnya kita meminta petunjuk, kita meminta ampun, kita mengadu, kita berdialog dan kita bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesarkan dan mensucikan Tuhan. Di dalam solat, Allah mendidik kita. Namun demikian, Allah tidak mendidik semua orang yang mendirikan solat. Allah hanya mendidik orang2 yang tertentu sahaja iaitu orang2 yang khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam solat. Allah hanya mendidik orang2 yang membawa fikiran dan hati mereka di dalam solat. Iaitu orang2 yang faham apa yang mereka perbuat dan faham apa yang mereka lafazkan. Orang2 yang dapat menjiwai, menghayati dan merasakan di hati tentang apa yang mereka buat dan lafazkan di dalam solat. Bermula dari takbiratul Ihram, (Allahu Akbar), jika difahami dan dihayati dengan bersungguh2, maka akan menimbulkan rasa2 tertentu di hati. “Allahu Akbar” dalam takbir itu bererti “Allah Maha Besar”. Ia merangkumkan segala sifat2 Allah yang hebat2 seperti sifat Jabbar, Qahhar, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Yang Maha Menghidupkan dan Yang Mematikan dan yang apabila ia berkata, “Jadi” Maka jadilah sesuatu itu. Maka dengan Takbir itu hati akan merasa takut, hebat dan gerun dengan Allah. Begitulah Allah mendidik kita. Apabila kita merasa takut dengan Allah, maka mudahlah kita menghindarkan didi dari daripada membuat dosa dan kemungkaran dan segala apa yang Allah larang. Kita sentiasa takut akan tersisih dari Rahmat keampunan dan kasih saying Tuhan. Namun begitu, jika perasaan takut sahaja yang Allah campakkan ke dalam hati orang2 yang mendirikan solat, maka akan lahirlah hamba2 Allah yang sentiasa takut dan hanya akan berusaha untuk mengelak dari membuat kemungkaran dan dosa. Tidak ada dorongan untuk mencetuskan kebaikan2 yang lain. Oleh itu Allah s.w.t. syariatkan juga dalam solat supaya dibaca Basmalah iaitu Bismillahirrahma nirrahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) terutama pada awal Surah AL-Fatihah. Di dal;am Mazhab Syafie’, Basmalah ini merupakan sebahagian daripada ayat Al-Fatihah yang 7 dan wajib dibaca dalam sembahyang. Kalau Basmalah ini dihayati sungguh2, kita akan dapat merasakan betapa pemurah dan penyayangnya Tuhan yang sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatnya kepada manusia sama ada yang berbentuk lahiriah atau material, mahupun yang berbentuk maknawi atau spiritual. Dengan ini akan timbul rasa cinta dan kasih kepada Tuhan. Rasa cinta ini mendorong kita berbakti dan membuat kebaikan untuk Tuhan serta berusaha dan berjuang untuk mendapat cinta dan kasih saying-Nya. Kemudian, pada ayat kedua surah Al-Fatihah, kita disyariatkan mebaca Alhamdulillah hirabbil ‘alamin ( segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam ). Di sini kita memuji Tuahn senagai tanda syukur dan terima kasih kita atas segala rahmat, nikmat dan kebaikan yang telah dikurniakan-Nya kepada kita. Jadi kita lihat, di dalam solat itu terkandung berbagai didikan dari Tuhan yang di antara satu sama lainnya saling kait-mengait dan kuat-menguatkan. Solat itu ibarat satu siri atau satu set atau 1 modul didikan rohanian yang lengkap dan seimbang. Supaya hamba yang mendirikan solat itu terdidik dan terbina sebagai seorang insane yang seimbang dan kukuh lahir batinnya. Di samping untuk memupuk sifat takut dan cinta kepada Tuhan, berbagai2 lagi didikan terdapat di dalam solat. Doa yang disyariatkan contohnya, akan meningkatkan dan menajamkan lagi sifat2 hamba yang ada pada kita. Ia akan menambah pergantungan, menaruha harap dan penyerahan diri kita kepada Allah. Mengadu2 kepada Tuhan di dalam solat pula akan melapangkan dada seseorang hamba kerana telah menyerahkan segala beban masalahnya kepada Tuhan untuk diselesaikan. Begitulah caranya Allah mendidik hamba2-Nya yang ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam mendirikan solat dengan berbagai didikan yang bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. |
Selagi ada NYAWA?. hiduplah dengan gembira. Selagi ada AKAL, Gunalah akal untuk berfikir. Selagi ada yang MENYANYANGI, Sayangilah orang yang menyayangi. Selagi ada orang yang MEMBENCI, Berilah kemaafan. Selagi ada KEMAAFAN, Disitu ada jalan pulang
Sunday, December 5, 2010
Didikan Tuhan Dalam Solat ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment