Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, December 27, 2010

MENCARI BAHAGIA



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
 Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan 

Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan

Bila hati mengingati Tuhan 




Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki.


"Anak Soleh": Hati Pedih

"Anak Soleh": Hati Pedih: "Hati terusik.. tak siapa memahami... Hati terluka.. tak siapa mengetahui... Bila hati mula memendam segala rasa dibiar parah mena..."

Hati Pedih


Hati terusik..
tak siapa memahami...

Hati terluka..
tak siapa mengetahui...

Bila hati mula memendam
segala rasa dibiar parah
menangis hati meraih simpati

Lalu di biar hati
mencari ketenangan sendiri

Bila hati merasa pedih
airmata berlinang menahan pedih
luka dirasa teramat dalam
dan tiada penawar mampu memulih...

Senyumku tawar...
hatiku sedih...
biarkan ia berlalu dan pergi begitu saja

Kerna ku yakini
kebenaran akan terbukti jua... ...

"Anak Soleh": Pergila Cinta

"Anak Soleh": Pergila Cinta: "bila cinta itu pergi... aku menangis... menangis kerana kehilangan sebuah cinta... . cinta yg teramat suci.. cinta yang memberikan aku ..."

Pergila Cinta

bila cinta itu pergi...
aku menangis...
menangis kerana kehilangan sebuah cinta... .
cinta yg teramat suci..
cinta yang memberikan aku ketenangan..
cinta yang mengajarku erti kasih sayang...
cinta yang mengajarku erti sebuah rindu...
cinta yang mengajar aku mengasihi dirimu... .

terima kasih cinta...
walaupun terlalu byk hati ini terguris..
walaupun terlalu byk hati ini terluka...
tapi aku tetap bersyukur...
mungkin ini ujian untukku...
sebelum aku menemui kematangan dalam hidup ini...
sebelum aku pergi jauh dari dunia ini...  

"Anak Soleh": Bila Kita Ketawa, Menangis, Sedih Dan Bahagia...

"Anak Soleh": Bila Kita Ketawa, Menangis, Sedih Dan Bahagia...: "Bila kita ketawa, org taktau itu hanya luaran. Bila kita menangis, org tertanya2 mengapa kita menangis. Bila kita sedih, org taktau apa p..."

Bila Kita Ketawa, Menangis, Sedih Dan Bahagia...


Bila kita ketawa, org taktau itu hanya luaran.
Bila kita menangis, org tertanya2 mengapa kita menangis.
Bila kita sedih, org taktau apa punca kesedihan kita.
Bila kita bahagia, ada jgk yg dengki dgn kebahagiaan kita.

Apapun aku bersyukur, tuhan beri aku peluang merasai semuanya.
Aku tak pernah kesal dgn apa yg dah berlaku, malah aku berasa beruntung kerana tuhan peduli pd aku. Sekurang-kurangnya, aku dpt mengecapi asam garam hidup dan pelbagai warna malah menjadikan perjalanan idup ini penuh bermakna. Inilah nikmat dunia yg tuhan kurniakan kpd aku. Biarpun idup ini adalah pinjamanNYA tuk kita namun segalanya telah ku lalui dgn redha. Terima kasih TUHAN..aku bersyukur padaMU.. 

Sunday, December 26, 2010

"Anak Soleh": Nota Hati Seorang Lelaki

"Anak Soleh": Nota Hati Seorang Lelaki: "Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya... Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran a..."

Nota Hati Seorang Lelaki

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya... 

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak... . 

" Ada duit? Minta ayah sedikit.." 

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam. 

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. 

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. 

"Takkan 5 ringgit?" 

Emak mengganguk. 

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit... .Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. 

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya. 

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). 

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya. 

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri. 

"Nanti, besarlah kereta kamu ini... ." ujur ayah senyum. 

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya. 

" Eh tak payahlah ayah... " sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak. 

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. 

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu! 

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama : 

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. 

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa." 

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

"Anak Soleh": Kita dan Ibu....sayangi Ibu kita.........

"Anak Soleh": Kita dan Ibu....sayangi Ibu kita.........: "KITA DAN IBU baca dan renungkan ... ... .. Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan l..."

Kita dan Ibu....sayangi Ibu kita.........

KITA DAN IBU
baca dan renungkan ... ... ..
Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt
bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi
hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak
menyusahkan ibu.

KITA DAN IBU

� KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN
MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

� APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,
KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH
APABILA DIPANGGIL.

� MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN
DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

� KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK
PENSEL WARNA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

� BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN
BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK
DALAM LOPAK KOTOR.

� SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE
SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK
NAK!"

� APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.
CARA MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

� MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA
UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

� KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,
KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

� BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK
MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

� APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA
SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

� MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN
YANG MENUTUP
AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN
SEKARANG.

� KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT
UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS
SEPUCUK SURAT PUN.

� BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN
RINDUKAN PELUKAN
DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI
PINTU BILIK.

� MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA
APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA
BERSAMA KAWAN-KAWAN.

� KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR
YURAN
PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG
BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA
IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

� BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA
TEMAN ISTEMEWA,
KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

� SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN
PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU
JADI SEPERTI IBU."

� APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT
UNTUK RUMAH
BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA
KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK
BERKENAN AKUUU!"

� MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL
MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA
DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,
TOOOOOLONGLAHHH?."

� KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH
MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU
MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN
KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
BERPINDAH JAUH.

� PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT
DAN PETUA
MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,
"?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

� KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN
MENGENAI
KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK,
TAK ADA MASA NAK DATANG."

� APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN
MEMINTA KITA
MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN
KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA
ANAK-ANAK.

� DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU
MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN
AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU
MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,
INGATLAH KASIH
DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA
ADA SEORANG IBU KANDUNG

Thursday, December 23, 2010

"Anak Soleh": Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis

"Anak Soleh": Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis: "Salam, Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri ..."

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis


Salam, Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassalam   

"Anak Soleh": Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menan...

"Anak Soleh": Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menan...: "Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosa..."

"Anak Soleh": Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menan...

"Anak Soleh": Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menan...: "Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosa..."

Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?



Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.





  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.



  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.



  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.



  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.



  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.



  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.



  • Tuesday, December 21, 2010

    Tutup Saja Cerita Lama


    Cinta bila sudah menjadi semak samun dalam kepala
    Tidak perlu di biarkan berakar umbi
    Harus di tebas dan hapuskan
    makin dibiarkan makin menjadi jadi
    Hapuskan resah sebelum saya rebah.
    Mula semula dari kosong dan tenang.
    Lontarkan segala rindu,
    kuburkan sangsi dan tak pasti.
    Bungkus ingatan dan mimpi
    Tak perlu ditambahkan sakit kepala.
    Kita kembali pada titik pertama
    Kita mulakan langkah baru bersahaja
    Bila tidak ada yang berbekas di hati,
    tidak ada lah yang berbayang di kepala.
    Awak tak tertekan, saya lapang fikiran.
    Bila hati sudah dilukai,
    bunga cinta gugur ke bumi.

    "Anak Soleh": Bukan Begitu Maksud Tersirat

    "Anak Soleh": Bukan Begitu Maksud Tersirat: "Aku terpaku menatap kerdipan bintang mengerlipkan cahaya di subuh hari ketika gerimis melanda jiwa yang semakin celaru. Aku alihkan arah pa..."

    Bukan Begitu Maksud Tersirat

    Aku terpaku
    menatap kerdipan bintang
    mengerlipkan cahaya di subuh hari
    ketika gerimis melanda jiwa
    yang semakin celaru.

    Aku alihkan arah pandanganku
    mengimbau kembali kenangan syahdu
    masa dulu-dulu
    di kolam yang dingin
    di butiran pasir yang halus
    di hembusan bayu yang lembut
    di malam yang dingin
    kita bersama.

    Aku semakin gundah
    bila gerimis berganti ribut
    menghilang pertimbangan diri
    langkahanku semakin pincang
    tuturku semakin serak
    kerdipan mataku semakin kuyu
    aku semakin goyah
    menilai bibit cinta dan sayang
    bertaburan di persada rindu.

    ?
    maafkan abang di atas kealpaan ini
    bukan kerana tidak mahu
    tapi demi ikatan lampau
    yang masih tersimpul
    membuatkan kita terasing
    di daerah yang kita cipta.

    Jangan di salah tafsirkan
    kerana segalanya masih seperti dahulu
    dan akan kekal begitu
    kerana pahatan di jiwa
    sukar di hilangkan waktu
    yang terlalu cemburu.

    Maafkan abang!

    "Anak Soleh": Aku Dan Sepi Dipenjuru Waktu Sendu

    "Anak Soleh": Aku Dan Sepi Dipenjuru Waktu Sendu: "aku semakin bisu megucapkan rasa kasih dl dingin dan sepi yang membara menjeruk rasa dipinggiran rindu tak bertepi antara janji dan harapan ..."
    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers