Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, December 10, 2010

Berdosakah Jika Saya Mengundi B.N ? Sumber : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=34481

satu soalan yg cukup menarik . Itulah persoalan yg sering bermain difikiran setiap masyarakat Melayu Islam di Malaysia, tak kira siapapun kita sama ada anda seorang dari golongan rendah,menengah dan atasan penjawat awam dlm kerajaan atau swasta ,korporat ,professional, guru,nelayan ,petani, penternak dan sebagainya, siapapun anda yg pastinya persoalan ini begitu memusykilkan.

Bagi mereka yg berada didalam Jamaah Islam, sudah pasti mereka tiada sebarang kemusykilan lagi mengenai persoalan itu, kerana jelas nyata pada pemahaman mereka bahawa mengundi B.N adalah berdosa ! kerana bagi mereka soal pembentukkan sesebuah Negara bukan perkara kecil dan remeh temeh ,bukan setakat membuang kertas undi kedalam peti undi, dan selesai disitu sahaja, ianya menentukan halatuju dan dasar sesebuah Negara yg bakal dibentuk bukan setakat 5 thn sahaja,malah berlanjutan hingga ke Padang Mahsyar kelak.

Kalau soal buang air kecil sekali pun dititikberatkan di dalam Islam,hingga menyebabkan seorang itu mendapat azab kubur!.inikan pula soal pembentukkan sesebuah Negara ! di Bumi Mahsyar nanti, dihadapan Allah S.W.T, tangan mereka sendirilah yg akan menjadi saksi, kerana mengundi, memangkah dan menyokong kerajaan B.N yg terang jelas nyata menentang Islam. Percayalah kita semua akan melihat suratan amal kita, baik ataupun buruk sekalipun sebesar zarah.

Bagi mereka yg masih keliru dan musykil, mereka terus dalam dilema, kerana ditarbiah oleh mereka yg berkiblatkan Barat dan berkitabkan Perlembagaan Sekular , warisan yg dipusakai dari Penjajah. Lebih mengelirukan lagi, kerana mereka menjadikan Islam sebagai batu loncatan, Kesyumulan Islam dimekapkan dengan pelbagai nama, slogan dan istilah, menyebabkan mereka tak dapat membezakan yg mana intan yg mana kaca. Lebih parah lagi apabila jurucakap2 mereka bercakap tentang agama, wajah sebenar mereka terselindung di balik kopiah dan songkok yg kadang2 ada yg berjilbab,skrip dan teks ucapan disediakan oleh Tuan Director yg mengikut arahan Bosnya yg tak takutkan Allah. Dan sekiranya ada diantara mereka yg memandai tegur ke, nasihat ke, tindakan tatatertib akan menyusul, tanpa sebarang notis, mereka di tamatkan tugas ,dipecat atau diberhentikan paling kurang pun digam.Tak cukup dgn itu Penulis2 upahan memainkan penanya didada2 akhbar yg penuh kepura2an dgn seribu satu kebohongan yg memutar belitkan kenyataan dan menyembunyikan kebenaran Islam.

Bagi mereka yg menyokong B.N pula, mereka akan bermati2an mempertahankan pegangan mereka dengan berbagai hujah dan alasan. Apapun pegangan dan pendapat mereka, sy harapkan dan mendoakan agar mereka diberi , taufik dan hidayah oleh Allah sebagai petunjuk kejalan yg diredhainya, bukanlah jalan yg dimurkai dan jalan yg sesat lagi menyesatkan. kita beruntung kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk memperbaiki diri dgn beramal solih, jangan menunggu saat nyawa sampai ke halkum, baru mahu bertaubat, diketika itu tiada gunanya sesalan biar mengalir airmata darah pun.

Dan tentunya para pembaca budiman ingin mengetahui, mengapa ada pihak yg berpendapat bahawa mengundi B.N adalah berdosa ! disini bukan soal dosa pahala sahaja, tetapi ianya lebih kepada penghayatan dan pemahaman seseorang individu itu terhadap hukum2 Allah s.w.t yg digariskan dalam Al-Quran , Hadith , Ijma' Ulama, dan Qias apalagi ia juga berhubung kait dgn Iman dan Pegangan Aqidah seseorang. Sekiranya kita bertanya kpd para pemimpin2 B.N khususnya UMNO, kenapa kerajaan tidak melaksanakan Islam sepenuhnya dgn meletakkan Al-Quran dan Hadith sebagai sumber hukum yg tertinggi, mereka akan beralasan dgn kemajmukan masyarakat Malaysia yg berbilang fahaman agama , berlainan etnik, adatresam dan budaya yg berbeza. Lebih mendukacitakan lagi apabila mereka cuba mencacarmarbakan Islam yg suci ini dgn mencampur adukkan dgn idealism dan fahaman sekularism yg di cedok dari Barat yg mereka anggap lebih dinamis dan lebih bertamadun dari Islam yg Syumul ini. Dan akan kedengaranlah pendapat2 atau suara2 sumbang yg Islam itu menghalang kemajuan, tidak relevan lagi untuk diamalkan dizaman moden dan serba canggih ini, kolot, melanggar hak asasi,zalim dan sebagainya.Dan yg menentukan dosa pahala itu ditentukan oleh Yg Maha Menentukan tak lain dan tak bukan ialah Allah S.W.T dan kita sebagai hambanya diberi pilihan untuk memilih sama ada jalan yg diredhainya yakni amal solih yg dijanjikan dgn ganjaran dan pahala,ataupun jalan yg dimurkainya iaitu amalan yg buruk dan diberi ancaman dan peringatan dengan balasan azab dan siksa akibat dari dosa yg dilakukan.

Sebenarnya secara tak langsung, sama ada disedari atau tidak kebanyakkan kita yg mengaku sebagai seorang Islam, telah menjerumuskan diri kedalam kancah yg mengundang kemurkaan Allah, kita rela bersekongkol dgn mereka2 yg mengkhianati amanah Allah. Kita lebih takut dan taat membuta tuli kpd pemimpin2 zalim yg membelakangkan Syariat dan mempersendakan hukum Allah. Cuba kita renung dan fikirkan sedalam2nya, apakah hukum dan akibatnya sekiranya kita menyokong dan mendokong sebuah kerajaan yg membuka selebar2nya pintu2 kemungkaran dan kemaksiatan kpd Allah S.W.T. umpamanya kewujudan kilang2 arak yg tumbuh bagaikan cendawan, kedai2 dan pusat2 perjudian seperti Sport Toto, Magnum dll yg bertaraf kasino pun ada, tempat2 persundalan dan sarang2 maksiat seperti bar, night club dan sbgnya, yg berceracak dibumi Malaysia yg kononnya sebuah Negara Islam. Golongan muda mudi pula dirosakkan dan dilalaikan dengan budaya2 yg dimport kebanyakkannya dari barat oleh media massa dan industri hiburan. Itu adalah sebahagian sahaja, banyak lagi yg tak tertuliskan disini. Lebih mendukacitakan lagi apabila Pemimpin Negara Islam ini gagal melaksanakan hukum2 yg bersumberkan Al-Quran dan Hadith, seperti Hudud,Qisas,Takzir dan sebagainya. Mereka lebih mengagungkan Sistem Perundangan karya Lord Reid. Mereka ini tanpa rasa bersalah mengamalkan Sistem Riba yg mana Allah S.W.T telah mengistiharkan perang ke atas para Pengamal Riba, para pemimpin ini bukan sahaja ingkar dgn larangan Allah, malah dgn keangkuhan dan penuh kesombongan mereka merestui dgn meluluskan lesen2 kpd Bank2 Komersial yg bersistemkan riba di segenap penjuru bumi Malaysia ini. Siapakah yg akan menanggung dan memikul beban dosa yg dilakukan oleh Para Pemimpin2 yg telah jauh tersesat ini, kalau bukan para penyokong dan pendokong Kerajaan B.N Sekular ini, khususnya orang2 UMNO.

Inilah bahananya hasil dari Impirialism Barat beberapa abad yg lalu, biarpun si penjajah telah pulang ke Negara asal mereka dengan meninggalkan monumen2 yg masih dikekalkan hingga ke hari ini, seperti Kota A Famosa, Kota Belanda dan beberapa buah gereja warisan mereka yg bukan untuk kita bangga2kan, tetapi sebagai pengajaran kpd kita betapa perit dan deritanya akibat di jajah.

Meskipun kita telah merdeka lebih kurang setengah abad yg lalu, tak bermakna kita sudah merdeka dalam ertikata yg sebenarnya, kelangsungan Impirialism Barat masih berterusan hingga kini, iaitu Penjajahan Minda yg mana kita masih lagi menganuti Idealism Barat dan kita masih mengamalkan, menerima pakai Perlembagaan , Pendidikan ,Perekonomian dan banyak lagi Dasar2 yg bersistemkan Sekularis, Kapitalis dan sebagainya.Situtuasi yg berlaku dinegara kita ini, sememangya ada kaitan dgn peristiwa masa lampau, iaitu penaklukkan dan penjajahan ke atas Umat Islam telah dicetuskan oleh salah seorang Raja Perancis beberapa abad yg lalu, beliau memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengalahkan kekuatanTentera2 Islam dan umumnya Umat Islam keseluruhannya, Tentera2 Salib gagal menewaskan Tentera2 Islam, meskipun jumlah mereka jauh lebih ramai dari Tentera Islam.Dan akhirnya beliau mendapat menemui jawapannya, Beliau dgn dibantu oleh pendeta2 dan paderi2 Kristien telah mengatur langkah dan menyusun strategi dan akhirnya mereka telah menemui kaedah serta formulanya, Umat Islam tidak dapat dikalahkan dgn kekuatan ketenteraan, ini kerana Tentera2 Islam berperang dan berjuang kerana Agamanya dgn kekuatan Aqidah dan Syahid adalah merupakan impian dan cita2 setiap Tentera2 Islam. Dari situ mereka telah membuat perancangan dan protokol untuk melemahkan Umat Islam, yg tidak lagi dgn jalan kekerasan dan peperangan ,tetapi dgn cara halus iaitu Serangan Idealogi dan Fahaman dan menyebarkan Doktrin Kritienisasi ke dalam pemikiran Umat2 Islam dengan Matlamat 3G ( Gold,Gospel & Glory) dgn 3 agenda utama iaitu: yg pertama, mencari kekayaan dari hasil bumi dan menguasai ekonomi kita, kerana Melaka pada waktu itu adalah merupakan pusat perdagangan dan menjadi palabuhan yg masyhur.Yg kedua, menyebarkan ajaran dan dakyah kristien. Dan yg ketiga, menguasai dan memastikan kemenangan bagi mereka. dikerahkanlah para Impirialis2 dan Mubaligh2 mereka, keseluruh pelusuk rantau ,termasuklah Malaysia kita ini tak terkecualikan dari dijajah. Disitulah bermulanya titiktolak proses Penggaraman dan Penapaian ke atas Umat Islam, garam dan ragi ( fahaman & idealisme penjajah ) ini ditaburkan ke atas pemikiran Umat Islam, dgn harapan agar fahaman dan pemikiran Umat Islam sama dgn pemikiran dan fahaman mereka dan sekaligus meninggalkan Ajaran Islam yg sebenar. Ianya sama seperti proses penapaian ubi kayu, yg mana ragi bertindak mengubah ubi kayu menjadi tapai, jika diamati, ubi itu masih ubi kayu dan tidak berubah bentuk, tetapi pada hakikatnya ubi itu telah menjadi tapai. Itulah sebenarnya harapan dan impian mereka dalam memastikan agar lahirnya manusia2 yg biarpun tidak berubah dari segi fizikal dan identiti sesuatu bangsa itu, tetapi dari segi mental ,idelogi dan fahaman mengikut acuan yg mereka tetapkan.Hasil dari Matlamat 3G dan proses penggaraman & penapaian, secara tidak langsung telah melahirkan individu2 muslim yg berfahaman dan beridealogikan barat seperti Mustafa Kamal Attarturk, Anwar Sadat, Mahathir Muhammad dan ramai lagi yg sealiran dan sefahaman dgn mereka2 ini.

Akibat dari hasil campurtangan dan penglibatan Penjajah Barat keatas kedaulatan Negara kita ini, secara tak langsung telah mewujudkan Sistem Dualism, yg memisahkan Agama dan Politik, Agama Islam dipersempitkan dan dihadkan dan diletakkan dibawah kuasa Raja2 Melayu , yg berperanan untuk upacara keagamaan dan adat istiadat sahaja tak lebih dari itu, sementara hal2 yg berkaitan dgn Pentadbiran Negara sperti Sistem Perundangan, Perekonomian , Sosial dan sebagainya di bawah Pentadbiran Persekutuan yg Sekular. Sebenarnya sama ada kita menyedarinya atau tidak, benih2 yg ditaburkan oleh para Impirialis Barat itu telah bercambah dan bertunas dan kini telah subur dan membuahkan hasilnya, para penjajah itu pergi dgn menyerap Dasar Pendidikan Sekular mereka dan kedalam Intitusi Pendidikan Kita, dgn kewujudan Sekolah2 aliran agama mereka seperti Methodist, Saint dan Convent yg mana Sekolah2 ini banyak terdapat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sementara Sekolah2 Agama Rakyat cuba ditutup dan ditekan . Sekolah2 ini dibiayai oleh orang ramai dan Bantuan Perkapita dari kerajaan yg tak seberapa itupun ditarik balik, di sini kita melihat wujudnya Diskriminasi Melampau terhadap Sekolah2 Agama Rakyat oleh Kerajaan B.N yg terkenal dgn slogan Negara Islamnya. Yang lebih menghibakan lagi, apabila Pusat2 Asuhan Tunas Islam pun mahu ditutup oleh Kerajaan dgn alasan yg tak munasabah langsung.

Hasil dari pendidikan sekular di Malaysia ini telah melahirkan manusia seperti Farish A Noor, Kasim Ahmad , Marina Mahathir , Nori Abdullah dan ramai lagi yg sama waktu dgn mereka2 ini yg mana mereka telahpun menjadi tapai akibat dari Proses Penapaian oleh para penjajah Laknatullah alaih!..

"Yang Baik Dari Allah, yg buruk adalah kerana kelemahan dan kejahilan saya 

"Anak Soleh": Rezeki: Lagi Dikejar Lagi Sia-Sia?

"Anak Soleh": Rezeki: Lagi Dikejar Lagi Sia-Sia?: "Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita..."

Rezeki: Lagi Dikejar Lagi Sia-Sia?


Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak..

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat . Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur.Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara . Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?


Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Bersyukur dengan rezeki yang ada, besar atau sedikit bukan ukuran, yang penting carilah supaya rezeki kita mendapat lebih keberkatan dari Allah, bukan semata-mata mencari jalan untuk menambah rezeki. Rezeki yang berkat jauh lebih bernilai dari rezeki yang banyak tanpa keberkatan Allah. Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita.. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong..

"Anak Soleh": Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu?

"Anak Soleh": Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu?: "Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik. ..."

Memahami Maksud Idah

PERSOALAN mengenai idah jarang diperkatakan dengan anggapan ramai tahu mengenainya, tetapi yang nyata masih ada kurang faham sehingga keadaan menjadi keliru.

Menurut kitab fiqah, idah ialah waktu menunggu diwajibkan ke atas wanita yang diceraikan, sama ada cerai hidup atau cerai mati, bagi mengetahui sama ada empunya diri hamil atau tidak.

Bagi wanita hamil, idahnya sehingga lahir anak dikandungnya itu, baik cerai mati atau cerai hidup.

"Dan perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya." (Surah at-Talaq: 4)

Wanita tidak hamil, ada ketikanya bercerai mati dan bercerai hidup.

Bagi yang bercerai mati, idahnya empat bulan sepuluh hari.

"Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (Surah al-Baqarah: 234)

Jika diperhatikan, ayat 4 surah at-Talaq umum membabitkan cerai hidup dan cerai mati apabila hamil idahnya sehingga lahir anak dan ayat 234 surah al-Baqarah juga umum membabitkan wanita hamil dan tidak apabila bercerai mati idahnya empat bulan sepuluh hari.

Di sini wujud sedikit perselisihan faham mengenai wanita bercerai mati sedangkan dirinya hamil, manakala anaknya lahir sebelum cukup empat bulan sepuluh hari dari tarikh suaminya meninggal.

Apakah idahnya tamat dengan melahirkan anak walaupun belum cukup tempoh empat bulan sepuluh hari dari tarikh suaminya meninggal kerana berdasarkan umumnya ayat pertama di atas?

Haruskah idahnya dicukupkan juga empat bulan sepuluh hari kerana berdasarkan ayat yang kedua?

Menurut jumhur ulama salaf (terdahulu), idahnya ialah lahir anaknya walaupun belum cukup empat bulan sepuluh hari.

Tetapi menurut pendapat lain yang diriwayatkan daripada Ali, idahnya mesti mengambil yang lebih panjang. Walaupun anaknya lahir lebih awal, idahnya harus menunggu sehingga empat bulan sepuluh hari.

Menurut pendapat itu, jika sampai tempoh empat bulan sepuluh hari, tetapi anak yang dikandungnya belum lahir, idahnya harus menunggu sehingga bersalin.

Selain itu, ada perbezaan pendapat mengenai idah wanita hamil.

Imam Syafie berpendapat idah wanita terbabit dengan lahirnya anak dikandung apabila anak itu dari suami yang menceraikannya.

Tetapi jika anak bukan dari suami yang menceraikannya, wanita terbabit tidak beridah dengan kelahiran anak.

Pendapat Abu Hanifah, perempuan itu harus beridah dengan lahir anaknya, baik anak itu anak daripada suami yang menceraikannya atau bukan, walau anak zina sekalipun.

Idah bagi wanita bercerai hidup dengan suaminya ialah tiga kali suci sekiranya dia mempunyai haid.

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)." (Surah al-Baqarah: 228)

Mengira tiga kali suci itu tidak dicampuri suaminya, dengan suci sewaktu perceraian dikira satu kali suci.

Tetapi jika dalam suci waktu perceraian itu dicampuri, dikira tiga kali suci mulai suci dari haid pertama selepas perceraian.

Demikian juga perceraian yang berlaku ketika haid, dikira tiga kali suci dari suci selepas haid yang berlaku sewaktu perceraian.

Keadaan terbabit sekali gus menyebabkan idah bagi seseorang wanita lebih panjang.

Oleh kerana itu, adalah dilarang suami menceraikan isteri dalam keadaan haid dan suci yang sudah dicampuri.

Isteri yang diceraikan suaminya sebelum dicampuri tiada idah (tidak perlu beridah).

"Kemudian kamu talak mereka itu sebelum kamu campuri, maka tidaklah mereka beridah." (Surah al-Ahzab: 49)

Tetapi bagi wanita yang tiada haid, idahnya tiga bulan. "Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan... " (Surah at-Talaq: 4)

Perempuan yang tiada haid ada tiga golongan; iaitu yang masih kecil (belum sampai umur), sudah sampai umur, tetapi belum pernah haid dan orang tua yang sudah keputusan haid.

Wanita beridah tidaklah boleh dibiarkan begitu saja, malah mereka masih mempunyai hak daripada bekas suaminya, seperti tempat tinggal (rumah), pakaian dan segala perbelanjaan.

Mereka ialah wanita yang taat dalam idah rajiyah (boleh dirujuk), kecuali isteri derhaka, tidak berhak menerima apa-apa.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Dari Fatimah binti Qais, berkata Rasulullah s.a.w kepadanya: 'Perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman daripada bekas suaminya itu apabila bekas suaminya itu berhak rujuk kepadanya.'" (Hadis riwayat Ahmad dan Nasai)

Wanita dalam idah bain (tidak boleh dirujuk) jika hamil juga berhak mendapatkan kediaman, nafkah dan pakaian.

"Jika mereka (janda yang dicerai) mengandung, maka beri nafkahlah olehmu sampai lahir kandungannya." (Surah at-Talaq: 6)

Sementara wanita yang dicerai secara bain, tetapi tidak hamil, sama ada bain dengan tebus talak mahupun dengan talak tiga, mereka hanya berhak mendapatkan tempat tinggal.

"Tinggalkanlah mereka di tempat kediaman yang sepadan dengan keadaan kamu." (Surah at-Talaq: 6)

Bagaimanapun, sesetengah ulama berpendapat, wanita dicerai secara talak bain yang tidak hamil tidaklah berhak mendapatkan nafkah dan tempat tinggal.

Dari Fatimah binti Qais dari Nabi s.a.w mengenai perempuan yang ditalak tiga, kata Rasulullah, dia tidak berhak tempat tinggal dan tidak pula nafkah. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Adapun firman Allah dalam surah at-Talaq ayat 6, kata mereka hanya terhadap wanita dalam idah rajiyah.

Bagi wanita yang beridah disebabkan kematian suami, mereka tidak mempunyai hak sama sekali walaupun hamil kerana diri dan anak yang dikandungnya sudah mendapat hak pusaka daripada suaminya yang meninggal.

"Janda hamil yang kematian suaminya tidak berhak mengambil nafkah." (Riwayat Daruqutni)

"Anak Soleh": Bersalam Dengan Bukan Muhrim

"Anak Soleh": Bersalam Dengan Bukan Muhrim: "Aku sangat teruja dengan persoalan tersebut. Tapi kadang2 kita patut menyambut salam dari orang yang menghulurkan tangan. Itu adalah sebag..."

Bersalam Dengan Bukan Muhrim

Aku sangat teruja dengan persoalan tersebut. Tapi kadang2 kita patut menyambut salam dari orang yang menghulurkan tangan. Itu adalah sebagai tanda hormat kepada yang menghulurkan tangan tanpa ada langsung melibatkan perasaan.

Soalan itu langsung tak ada dalam kamus hidup aku suatu ketika dahulu…Dulu2 kan memang ‘karat jahiliah’ sikit. But as you grow older, everything change. Berubah ke arah membuat suruhan Allah dan tinggalkan segala larangan Nya. Although some people say its ok, me trying to be on the safe side. Actually dalam bab shake hands nih suprisingly Orthodox Jews are under the same restriction. They are also not permitted to shake hands with members of the opposite sex. The same is true for Orthodox Hindus. Maybe other cultures out there that face similar restrictions.
Firman Allah;

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana". (An-Nuur: 60)
Hadith Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam:

"Artinya : Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak dibolehkan baginya".

"Wahai Rasulullah, kami berbai’at kepadamu untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik".

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata. "Pada hal-hal yang kamu mampu". Maka wanita-wanita itupun berucap. "Allah dan Rasul-Nya lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri, mari kami akan berbai’at kepadamu, wahai Rasulullah".

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya aku tidak menyalami wanita, karena ucapanku bagi seratus wanita sama seperti ucapanku bagi satu wanita, atau seperti ucapanku bagi satu wanita".

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha’, hal. 982 dari Muhammad bin Al-Munkadir, dari Umaimah).

Kedua hadits di atas menunjukkan bahwasanya seorang wanita tidak boleh bersalaman dengan laki-laki yang bukan muhrimnya, karena sentuhan merupakan langkah pendahuluan dari perzinaan.

Hal itu dibenarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, di mana beliau bersabda.

"Artinya : Telah ditetapkan bagi anak cucu Adam bagian-bagiannya dari zina, yang dia pasti mengetahuinya. Zina kedua mata adalah berupa pandangan, zina kedua telinga berupa pendengaran, zina lisan berupa ucapan, zina kaki berupa langkah, sedangkan hati mengharap dan menginginkan, dan kemaluan yang membenarkan dan mendustainya".
Apa yang sangat menyedihkan, berjabat tangan ataupun bersentuhan dikalangan lelaki dan wanita Melayu Islam dizaman sekarang seolah-olah sudah menjadi kebiasaan ataupun adat yang perlu diikut. Walaupun mereka sebenarnya tahu hukumnya, tetapi masih juga mengamalkan ‘budaya’ yang dikatakan sebagai adat tersebut.

On a personal opinion, I agree it is best to avoid shaking hands. But there have been occassions where I had to shake hands with close friends, jangan salah anggap my intention is only mengeratkan silaturrahim and it happened so fast that I didn’t have time to stop and avoid.

But as long as I know my intentions are right. Coz, every act that we do is based upon our intention. Ya Allah ampun kan ku ... .Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf.

Wallahu’alam.

"Anak Soleh": Mudahnya jadi Muslim Bertakwa

"Anak Soleh": Mudahnya jadi Muslim Bertakwa: "SABAN minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa? Dalam bahas..."

"Anak Soleh": Mudahnya jadi Muslim Bertakwa

"Anak Soleh": Mudahnya jadi Muslim Bertakwa: "SABAN minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa? Dalam bahas..."

Mudahnya jadi Muslim Bertakwa

SABAN minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa? Dalam bahasa Arab, perkataan 'takwa' berasal dari kata kerja 'ittaqa' bermaksdu 'berwaspada dan berjaga-jaga' atau 'takut kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya'.

Ittaqa juga bermaksud 'menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara'. Jelaslah, takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah menjadikannya pelindung dan pemelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan bahaya.

Ketinggian tahap takwa amat jelas apabila ia dijadikan ukuran kepada pemilihan hamba Allah S.W.T yang dipandang mulia di sisi-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggunakan perkataan takwa atau perkataan yang membawa maksud takwa menggunakan bentuk yang berbeza seperti dalam bentuk kata perintah seperti 'ittaquu' yang bermaksud 'bertakwalah kamu' atau kata nama yang merujuk kepada golongan bertakwa seperti perkataan 'muttaqin'.

Beberapa perkara yang dikaitkan dengan takwa menerusi ayat al-Quran perlu diteliti, antaranya berbuat baik sesama insan serta bermaaf-maafan.

Ayat berkenaan berkaitan dengan hubungan suami dan isteri yang sudah bercerai. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 237).

Sentiasa berlaku adil. Perkara terbabit dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Ma'idah, ayat 8).

Melakukan amalan dengan keikhlasan. Allah menjelaskan perkara ini serta mengambil ibadah korban sebagai contoh, firman Allah yang bermaksud: "Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu." (Surah al-Hajj, ayat 37).

Melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran. Hal ini dijelaskan Allah dalam al-Quran serta mengambil contoh perintah solat bagi menggambarkan ibadah yang diperintahkan Allah sememangnya memerlukan kesabaran dalam pelaksanaannya. Gangguan syaitan dan juga dorongan nafsu manusia yang mengarah kepada keburukan akan sentiasa menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan ibadah dan perintah Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa." (Surah Toha, ayat 132).

Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji. Firman Allah bermaksud: "Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa." (Surah Ali 'Imraan, ayat 76).

Berdasarkan beberapa potong ayat di atas, jelas kepada kita untuk mencapai ketakwaan kepada Allah ia berkait rapat dengan amalan jiwa atau dalaman seseorang Muslim.

Dapat disimpulkan sifat terpuji mestilah sentiasa disemai dalam diri setiap individu Muslim bagi mencapai ketakwaan yang sebenar.

Berbaik sangka sesama manusia, mudah memberi dan meminta maaf, sabar, adil, ikhlas, memenuhi janji, berkasih sayang, reda antara amalan hati yang boleh membentuk peribadi yang terpuji serta menjadi prasyarat penting dalam mencapai martabat golongan yang bertakwa.

Tanpa takwa yang sebenar dalam diri, segala perintah Allah yang dilaksanakan tidak membawa sebarang faedah kepada diri serta kehidupan dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita berusaha menyuburkan rohani dan jiwa dengan sifat terpuji seperti dibuktikan Rasulullah melalui keperibadiannya yang tinggi serta luhur.

Allah menyatakan takwa itu sepatutnya dijadikan pakaian bagi diri setiap Muslim dan ia sebaik-baik pakaian. Firman Allah yang bermaksud "Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya." (Surah al-A'raaf, ayat 26).

Ibnu Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Qur'an al-'Azim sebagai berkata beberapa pendapat ulama tafsir mengenai makna 'pakaian' dalam ayat itu. Ikrimah menyatakan yang dimaksudkan dengan pakaian itu ialah pakaian yang dipakai orang bertakwa pada Hari Kiamat.

Qatadah pula menafsirkan yang dimaksudkan dengan 'pakaian takwa' itu adalah iman, manakala al-'Aufi mengambil pendapat Ibn Abbas yang menafsirkan 'pakaian takwa' itu sebagai amal soleh. (Beirut: Dar Ibn Hazm, 1998, juzu' 3, halaman 1418)

Menurut Ibn Kathir semua maksud itu membawa pengertian dan tujuan sama. Perumpamaan itu jelas bahawa takwa amat penting dan setiap Muslim wajib memilikinya serta terus melakukan amalan yang dapat meningkatkannya.

Sesungguhnya ganjaran syurga milik mereka yang tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang muttaqin. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam beberapa taman syurga dengan mata air terpancar padanya." (Surah al-Hijr, ayat 45).

"Anak Soleh": Pepatah Yang Telah Diubahsuaikan

"Anak Soleh": Pepatah Yang Telah Diubahsuaikan: "1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse. 2.Bersatu kita teguh, berce..."

Pepatah Yang Telah Diubahsuaikan

1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3.Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4.Alang-alang mandi biar guna syampoo.

5.Harimau mti meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beligelang secara hutang)

6.Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.

7.Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9.Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10.Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi... )

12.Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

14.Biar korek hidung jangan korek tabung.

15.Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

16.Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

17.Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi... ..boleh blah... .lah... .

18.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

19.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

20.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

21.Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.

22.Biar lambat asalkan perlahan.

23.Kalau tiada rotan, pelempang ajelah... .

24.Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

25.Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

26.Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

27.Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah... .

28.Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

29.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah... .

30.Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

31.Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

32.Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

33.Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.

34.Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

35.Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

6.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.

37.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

38.Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari... ... .(nak tak?)

39.Bunga tahi ayam bukannya sekuntum... .

40.Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best... ...

41.Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

42.Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

"Anak Soleh": GOLONGAN YANG SELAMAT

"Anak Soleh": GOLONGAN YANG SELAMAT: "1. Allah berfirman: 'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.' (Ali Imran: 103)..."

GOLONGAN YANG SELAMAT


1. Allah berfirman:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai." (Ali Imran: 103)
"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (Ar-Ruum: 31-32) 

2. Nabi bersabda yang bermaksud:
"Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan taat, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, sedang setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)." (HR. Nasa'i dan At-Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih). 

3. Dalam hadis yang lain Nabi bersabda yang bermaksud:
"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-jama'ah." (HR. Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya hadis hasan) 

4. Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:
"Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya." (HR. At-Tirmizi, dan dihasan-kan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' 5219) 

5. Ibnu Mas'ud meriwayatkan yang bermaksud:
"Rasulullah membuat garis dengan tangannya lalu bersabda, 'Ini jalan Allah yang lurus.' Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda, 'Ini adalah jalan-jalan yang sesat tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya. Selanjutnya beliau membaca firman Allah yang bermaksud, 'Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al-An'am: 153) (Hadis shahih riwayat Ahmad dan Nasa'i) 

6. Syaikh Abdul Kadir Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah berkata, "... adapun Golongan Yang Selamat iaitu Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Dan Ahlus Sunnah, tidak ada nama lain bagi mereka kecuali satu nama, iaitu Ashhabul Hadis (para ahli hadis)." 

7. Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada Al-Quranul Karim. Tidak termasuk orang-orang musyrik yang memecah belah agama mereka menjadi beberapa golongan dan kelompok. Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah menjadi banyak golongan, sedang umat Islam akan berpecah lebih banyak lagi, golongan-golongan tersebut akan masuk Neraka kerana mereka menyimpang dan jauh dari Kitabullah dan Sunnah NabiNya. Hanya satu Golongan Yang Selamat dan mereka akan masuk Syurga, iaitu Al-Jamaah, yang berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah yang shahih, di samping melakukan amalan para sahabat dan Rasulullah SAW. 

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang selamat (Firqah Najiyah). Dan semoga segenap umat Islam termasuk di dalamnya.

MANHAJ (JALAN) GOLONGAN YANG SELAMAT

 

1. Golongan Yang Selamat ialah golongan yang setia mengikuti manhaj Rasulullah SAW dalam hidupnya, serta manhaj para sahabat sesudahnya.
Iaitu Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah kepada RasulNya, yang beliau jelaskan kepada para sahabatnya dalam hadis-hadis shahih. Beliau memerintahkan umat Islam agar berpegang teguhkepada keduanya:
"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya, iaitu Kitabullah (AlQuran) dan Sunnahku (Hadis). Tidak akan bercerai-berai sehingga kedua-nya menghantarku ke telaga (Syurga)." (Dishahihkan Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami') 

2. Golongan Yang Selamat akan kembali (merujuk) kepada Kalamullah dan RasulNya tatkala terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka, sebagai realisasi dari firman Allah yang bermaksud:
"Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa': 59)
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa': 65) 

3. Golongan Yang Selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas Kalamullah dan RasulNya, realisasi dari firman Allah yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Hu-jurat: 1)
Ibnu Abbas berkata:
"Aku mengira mereka akan binasa. Aku mengatakan, 'Nabi bersabda, sedang mereka mengatakan, 'Abu Bakar dan Umar berkata'." (HR. Ahmad dan Ibnu 'Abdil Barr)
 
4. Golongan Yang Selamat senantiasa menjaga kemurnian tauhid.
Mengesakan Allah dengan beribadah, berdoa dan memohon pertolongan �baik dalam masa sulit mahupun lapang�, menyembelih korban, bernazar, tawakkal, berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan berbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tegaknya Daulah Islamiyah yang benar. Menjauhi dan membasmi berbagai bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di negara-negara Islam, sebab hal itu merupakan konsekuensi tauhid. Dan sungguh, suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika ia meremehkan masalah tauhid, tidak membendung dan memerangi syirik dengan segala bentuknya. Hal-hal di atas merupakan teladan dari para rasul dan Rasul kita Muhammad Sallahu alihi Wassalam. 

5. Golongan Yang Selamat senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW, baik dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap hidupnya Kerana itu mereka menjadi orang-orang asing di tengah kaum-nya, sebagaimana disabdakan oleh Nabi yang bermaksud:
"Sesungguhnya Islam pada permulaannya adalah asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besar bagi orang-orang yang asing." (HR. Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:
"Dan keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak." (Al-Albani berkata, "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Amr Ad-Dani dengan sanad shahih") 

6. Golongan Yang Selamat tidak berpegang kecuali kepada Kalamullah dan Kalam RasulNya yang maksum, yang berbicara dengan tidak mengikuti hawa nafsu.
Adapun manusia selainnya, betapapun tinggi darjatnya, terkadang ia melakukan kesalahan, sebagaimana sabda Nabi Sallahu alihi Wassalam yang bermaksud:
"Setiap bani Adam (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis hasan riwayat Imam Ahmad)
Imam Malik berkata, "Tak seorangpun sesudah Nabi melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi (yang ucapannya selalu diambil dan diterima)." 

7. Golongan Yang Selamat adalah para ahli hadis.
Tentang mereka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sentiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah." (HR. Muslim)
Seorang penyair berkata, "Ahli hadis itu, mereka ahli (keluarga) Nabi Sallahu alihi Wassalam, sekalipun mereka tidak bergaul dengan Nabi Sallahu alihi Wassalam, tetapi jiwa mereka bergaul dengannya. 

8. Golongan Yang Selamat menghormati para imam mujtahidin, tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.
Golongan Yang Selamat mengambil fiqih (pemahaman hukum-hukum Islam) dari Al-Quran, hadis-hadis yang shahih, dan pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan hadis shahih. Hal ini sesuai dengan wasiat mereka, yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil hadis shahih, dan meninggalkan setiap pendapat yang bertentangan dengannya. 

9. Golongan Yang Selamat menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.
Mereka melarang segala jalan bid'ah dan cabang-cabang yang menghancurkan serta memecah belah umat. Baik bid'ah dalam hal agama mahupun dalam hal sunnah Rasul dan para sahabatnya. 

10. Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah Rasul dan para sahabatnya.
Sehingga mereka mendapatkan pertolongan dan masuk Syurga atas anugerah Allah dan syafa'at Rasulullah Sallahu alihi Wassalam �dengan izin Allah�. 

11. Golongan Yang Selamat mengingkari peraturan perundang-undangan yang dibuat oleh manusia apabila undang-undang tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.
Golongan Yang Selamat mengajak manusia berhukum kepada Kitabullah yang diturunkan Allah untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Hukum-hukumNya abadi sepanjang masa, cocok dan relevan bagi penghuni bumi sepanjang zaman.
Sungguh, sebab kesengsaraan dunia, kemerosotan, dan mundurnya khususnya dunia Islam, adalah kerana mereka meninggalkan hukum-hukum Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam tidak akan jaya dan mulia kecuali dengan kembali kepada ajaran-ajaran Islam, baik secara peribadi, kelompok mahupun secara pemerintahan. Kembali kepada hukum-hukum Kitabullah, sebagai realisasi dari firmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'ad: 11) 

12. Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam berjihad di jalan Allah.
Jihad adalah wajib bagi setiap Muslim sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan:
Pertama, jihad dengan lisan dan tulisan: Mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam yang shahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang ternyata banyak terdapat di negara-negara Islam. Rasulullah SAW telah memberitakan tentang hal yang akan menimpa umat Islam ini. Beliau bersabda yang bermaksud:
"Hari Kiamat belum akan tiba, sehingga kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok dari umatku menyembah berhala-berhala." (Hadis shahih, riwayat Abu Daud, hadis yang semakna ada dalam riwayat Muslim)
Kedua, jihad dengan harta: Menginfakkan harta buat penyebaran dan peluasan ajaran Islam, mencetak buku-buku dakwah ke jalan yang benar, memberikan santunan kepada umat Islam yang masih lemah iman agar tetap memeluk agama Islam, memproduksi dan membeli senjata-senjata dan peralatan perang, memberikan bekal kepada para mujahidin, baik berupa makanan, pakaian atau keperluan lain yang diperlukan.
Ketiga, jihad dengan jiwa: Bertempur dan ikut serta di medan peperangan untuk kemenangan Islam. Agar kalimat Allah ( Laa ilaaha illallah) tetap JAYA sedang kalimat orang-orang kafir (syirik) menjadi hina. Dalam hubungannya dengan ketiga perincian jihad di atas, Rasulullah SAW mengisyaratkan dalam sabdanya yang bermaksud:
"Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisanmu." (HR. Abu Daud, hadis shahih)
Adapun hukum jihad di jalan Allah adalah:
Pertama, fardhu 'ain: Berupa perlawanan terhadap musuh-musuh yang melakukan pelanggaran ke beberapa negara Islam wajib dihalau. Pelampau-pelampau Yahudi misalnya, yang merampas tanah umat Islam di Palestine. Umat Islam yang memiliki kemampuan dan kekuatan �jika berpangku tangan� ikut berdosa, sampai orang-orang Yahudi terkutuk itu keluar dari wilayah Palestine. Mereka harus berupaya mengembalikan Masjidil Aqsa ke pangkuan umat Islam dengan kemampuan yang ada, baik dengan harta mahupun jiwa.
Kedua, fardhu kifayah: Jika sebahagian umat Islam telah ada yang melakukannya maka sebahagian yang lain kewajibannya menjadi gugur. Seperti dakwah mengembangkan misi Islam ke negara-negara lain, sehingga berlaku hukum-hukum Islam di segenap penjuru dunia. Barangsiapa menghalangi jalan dakwah ini, ia harus diperangi, sehingga dakwah Islam dapat berjalan lancar. 

TANDA-TANDA GOLONGAN YANG SELAMAT 

 

1. Golongan Yang Selamat jumlahnya sangat sedikit di tengah banyaknya Umat Manusia.
Tentang keadaan mereka, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang shalih di lingkungan orang banyak yang berperangai buruk, orang yang mendurhakainya lebih banyak daripada orang yang mentaatinya." (HR. Ahmad, hadis shahih)
Dalam Al-Quranul Karim, Allah memuji mereka dengan firman-Nya yang bermaksud,
"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba': 13) 

2. Golongan Yang Selamat banyak dimusuhi oleh manusia, difitnah dan dilecehkan dengan gelar dan sebutan yang buruk.
Nasib mereka seperti nasib para Nabi yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud,
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)." (Al-An'am: 112)
Rasulullah SAW misalnya, ketika mengajak kepada tauhid, oleh kaumnya beliau dijoloki sebagai "tukang sihir lagi sombong". Padahal sebelumnya mereka memberi beliau jolokan "ash-shadiqul amin", yang jujur dan dapat dipercaya. 

3. Syaikh Abdul Aziz bin Baz ketika ditanya tentang Golongan Yang Selamat, beliau menjawab, "Mereka adalah orang-orang salaf dan setiap orang yang mengikuti jalan para salafush shalih (Rasulullah, para sahabat dan setiap orang yang mengikuti jalan petunjuk mereka)."
Hal-hal di atas adalah sebahagian dari manhaj dan tanda-tanda Golongan Yang Selamat. Pada pasal-pasal berikut akan dibahas masalah akidah Golongan Yang Selamat iaitu golongan yang mendapat pertolongan. Semoga kita termasuk mereka yang berakidah Firqah Najiyah (Golongan Yang Selamat) ini, Amin. 

THA'IFAH MANSHURAH
(KELOMPOK YANG MENDAPAT PERTOLONGAN) 
 
Untuk mendapat jawapan, siapakah Tha'ifah Manshurah yang bakal mendapat pertolongan Allah, marilah kita ikuti huraian berikut: 

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
"Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang keputusan Allah." (HR. Muslim) 

2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Jika penduduk Syam telah rosak, maka tak ada lagi kebaikan di antara kalian. Dan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang hari Kiamat." (HR. Ah-mad, hadis shahih) 

3. Ibnu Mubarak berkata, "Menurutku, mereka adalah ashha-bul hadis (para ahli hadis)." 

4. Imam Al-Bukhari menjelaskan, "Menurut Ali bin Madini mereka adalah ashhabul hadis." 

5. Imam Ahmad bin Hambal berkata, "Jika kelompok yang mendapat pertolongan itu bukan ashhabul hadis maka aku tidak mengetahui lagi siapa sebenarnya mereka." 

6. Imam Syafi'i berkata kepada Imam Ahmad bin Hambal, "Engkau lebih tahu tentang hadis daripada aku. Bila sampai kepadamu hadis yang shahih maka beritahukanlah padaku, sehingga aku bermadzhab dengannya, baik ia (madzhab) Hijaz, Kufah mahupun Basrah." 

7. Dengan spesialisasi study dan pendalamannya di bidang sunnah serta hal-hal yang berkaitan dengannya, menjadikan para ahli hadis sebagai orang yang paling memahami tentang sunnah Nabi, petunjuk, akhlak, peperangannya dan berbagai hal yang berkaitan dengan sunnah.
Para ahli hadis �semoga Allah mengumpulkan kita bersama mereka� tidak fanatik terhadap pendapat orang tertentu, betapapun tinggi darjat orang tersebut. Mereka hanya fanatik kepada Rasulullah SAW.
Berbeza halnya dengan mereka yang tidak tergolong ahli hadis dan mengamalkan kandungan hadis. Mereka fanatik terhadap pendapat imam-imam mereka �padahal para imam itu melarang hal tersebut� sebagaimana para ahli hadis fanatik terhadap sabda-sabda Rasulullah SAW Kerananya, tidaklah menghairankan jika ahli hadis adalah kelompok yang mendapat pertolongan dan Golongan Yang Selamat.
Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Syarafu Ashhabil Hadis menulis, "Jika shahibur ra'yi disibukkan dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat baginya, lalu dia mempelajari sunnah-sunnah Rasulullah SAW, nescaya dia akan mendapatkan sesuatu yang membuatnya tidak memerlukan lagi selain sunnah.
Sebab sunnah Rasulullah SAW mengandungi pengetahuan tentang dasar-dasar tauhid, menjelaskan tentang janji dan ancaman Allah, sifat-sifat Tuhan semesta alam, mengkhabarkan perihal sifat Syurga dan Neraka, apa yang disediakan Allah di dalamnya buat orang-orang yang bertakwa dan yang ingkar, ciptaan Allah yang ada di langit dan di bumi.
Di dalam hadis terdapat kisah-kisah para nabi dan berita-berita orang-orang zuhud, para kekasih Allah, nasihat-nasihat yang berguna, pendapat-pendapat para ahli fiqih, khutbah-khutbah Rasulullah SAW dan mukjizat-mukjizatnya...
Di dalam hadis terdapat tafsir Al-Quranul 'Azhim, khabar dan peringatan yang penuh bijaksana, pendapat-pendapat sahabat tentang berbagai hukum yang terpelihara�
Allah menjadikan ahli hadis sebagai tiang pancang syariat. Dengan mereka, setiap bid'ah yang keji dihancurkan. Mereka adalah pemegang amanat Allah di tengah para makhlukNya, perantara antara nabi dan umatnya, orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam memelihara kandungan (matan) hadis, cahaya mereka berkilau dan keutamaan mereka sentiasa hidup.
Setiap golongan yang cenderung kepada nafsu �jika sedar� pasti kembali kepada hadis. Tidak ada pendapat yang lebih baik selain pendapat ahli hadis. Bekal mereka Kitabullah, dan Sunnah Rasulullah SAW adalah hujjah (argumentasi) mereka. Rasulullah SAW kelompok mereka, dan kepada beliau nisbat mereka, mereka tidak mengindahkan berbagai pendapat, selain merujuk kepada Rasulullah SAW. Barangsiapa menyusahkan mereka, nescaya akan dibinasakan oleh Allah, dan barangsiapa memusuhi mereka, nescaya akan dihinakan oleh Allah."
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk kelompok ahli hadis. Berilah kami rezeki untuk mengamalkannya, cinta kepada para ahli hadis dan membantu orang-orang yang mengamalkan hadis.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers